Thursday, October 30, 2008

35 Petua Pelajar Cemerlang dari Dr Fadzilah Kamsah

Berikut merupakan petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang, dari Dr Fadzilah Kamsah. Pelajar cemerlang akan:
  1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
  2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
    1. kita ingat 10 % apayang dibaca
    2. kita ingat 20% apa yang didengar
    3. kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
    4. kita ingat 70% apa yang dicakapkan
    5. kita ingat 90% setelah dipraktikkan
  3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
  4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).

    ...Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya....

  5. Belajar dalam persekitaran kondusif.
    1. pastikan cahaya adalah terang
    2. kurangkan gangguan bunyi
    3. tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
    4. tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
    5. kerusi dan meja menghadap kiblat
    6. jangan lupa untuk senyum
  6. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.
  7. Mengulang kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.
  8. Tahu teknik merangsang memori:
    1. memasukkan maklumat dalam memori (registration)
    2. menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
    3. mengingat kembali (recall)
    4. menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)
  9. Sentiasa awal dan mendahului:
    1. persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
    2. pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
    3. belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
    4. untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
  10. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.
  11. Mempunyai teknik membaca yang betul:
    1. duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
    2. memberikan tumpuan sepanuhnya
    3. menggunakan jari telunjuk untuk membaca
    4. menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan
  12. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.
  13. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.
  14. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.
  15. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
  16. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
  17. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).
  18. Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.
  19. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
  20. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
  21. Mengulang kaji apabila mulai terlupa.
  22. Tahu petua mengulang kaji
    1. cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
    2. siapkan semua 'bekalan' dengan sempurna
    3. duduk tegak dikerusi yang selesa
    4. baca doa penerang hati
    5. baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
    6. fikir dan ingat kembali isi utama
    7. catat/lakar
    8. semak semula ketepatan maklumat
    9. ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
    10. buat rumusan
    11. jawab soalan
    12. tampal maklumat yang rumit di dinding
    13. baca doa tanda kesyukuran selepas belajar
  23. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.
  24. Tahu petua-petua agar tidak lupa:
    1. jangan makan kepala ikan
    2. jangan makan organ dalaman
    3. jangan minum semasa makan
    4. jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
    5. jangan melihat kemaluan
    6. jangan melihat buih
    7. jangan membaca nama pada batu nisan
    8. banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
    9. banyakkan makan kismis, kurma dan madu
    10. banyakkan makan kekacang
    11. pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
    12. jangan makan sehingga terlalu kenyang
    13. jangan kencing berdiri
  25. Tahu kemahiran mengingat:
    1. tampal nota-nota penting di dinding
    2. tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
    3. gunakan kaedah akronim
    4. reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
    5. pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil
  26. Cekap mengatur jadual belajar:
    1. mempunyai jadual belajar
    2. patuh kepada jadual
    3. buat jadual yang boleh diikuti
  27. Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.
  28. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.
  29. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.
  30. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.
  31. Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).
  32. Pelbagaikan tempat belajar.
  33. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
  34. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.
  35. Ciri-ciri pelajar cemerlang:
    1. taat kepada Allah
    2. mendirikan sembahyang
    3. menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
    4. hormati & sayangi guru
    5. bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
    6. suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
    7. membantu rakan yang memerlukan
    8. berdoa dan bersyukur kepada Allah
    9. sentiasa bertawakal
    10. mahir dalam setiap mata pelajaran
Kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja. Semoga bermanfaat. :)

Men & Women - An Interesting Observation


MEN :

1. All men are extremely busy.
2. Although they are so busy, they still have time for women.
3. Although they have time for women, they don't really care for them.
4. Although they don't really care for them, they always have one around.
5. Although they always have one around them, they always try their luck with others.
6. Although they try their luck with others, they get really pissed off if the women leaves them.
7. Although the women leaves them they still don't learn from their mistakes and still try their luck with others.


WOMEN :

1. The most important thing for a woman is financial security.
2. Although this is so important, they still go out and buy expensive clothes.
3. Although they always buy expensive clothes, they never have something to wear.
4. Although they never have something to wear, they always dress beautifully.
5. Although they always dress beautifully, their clothes are always just "An old rag".
6. Although their clothes are always "just an old rag", they still expect you to compliment them.
7. Although they expect you to compliment them, when you do, they don't believe you.

Sunday, October 26, 2008

Satu lagi program terdekat..


Marila sama-sama kita memenuhkan Anggerik Mall Shah Alam. Pelbagai aktivit menarik akan dijalankan. Dianjurkan oleh FALAK ONLINE dgn sokongan dan tajaan beberapa syarikat dan agensi terkemuka. terdapat kejutan untuk para pengunjung yang hadir, tungguuu...

Aktiviti Bulan 12... jom pegi *_*


Assalamualaikum semua.. utk pengetahuan anda, Falak Online akan mengadakan program

"Perkhemahan Jejak Juraian Meteor Geminids"

tarikh : 13 -14 Disember 2008
tempat : pantai Kelanang, Banting Selangor

kepada sesiapa yang ingin turun padang membantu anggota skuad Falak Online, bolehla menghubungi bro Muzamir kita di talian 012-5900943. maklumat lanjut mengenai aktiviti ini akan dilampirkan kemudian. esok mereka 27hb Okt ; en shah, abg amir, mr mymoon, en din akan turun ke pantai kelanang utk cari port yang terbaik utk program ni. sesiapa yang berminat bolehla hntr kan terus komen di sini atau hubungi bro muzamir kita. penyertaan terbuka, tiada had umur dan jantina, hehehe. anda juga boleh merujuk laman web ini http://www.falak-online.net/.

Saturday, October 25, 2008

Kisah Cerpen : Anti Kapel

cerpen ini dipetik dari blog penulisan2u. email penulis ialah pankek_pandan@yahoo.com

Laut yang tenang membiru…amat mendamaikan. Betul la apa yang dikata,laut itu memberi ketenagan jiwa yang sukar dimengerti. Aku ingat lagi kata-kata dari sebuah buku yang aku baca, Rasulullah saw amat suka dengan laut, air terjun... itulah ubat penenang hati...aku akui, hati aku mulai tenang bila menikmati keindahan ciptaan Ilahi.

******
"saya tak ada duit kecil" aduss...habis la aku kena marah dengan bos,baru pukul 10 pagi, tapi kenderaan yang datang hari ni semua bagi duit besar. Isi minyak RM10, tapi bagi duit RM 50, diorang ni baru dapat gaji ke?huh...berapa kali aku masuk dalam nak tukar duit.
"lepas ni, kalau ada yang bagi duit besar, kata tak boleh isi. Duit kecil dah habis. Baru semalam saya bank-in. Awak faham tak?"

"ai, tak kan kedai minyak besar ni tak ada duit kecil kot!"
Berdesing telinga aku bila mamat ni cakap macam tu. Perli aku nampak! Dah la bos macam nak marah aku jer tadi,ni mamat ni pulak cari pasal.
"kalau ada bank negara kat sini, tapi ramai orang macam awak habis gak duit kecik. Isi minyak motor RM5, tapi bagi duit RM50. Maaf, saya tak boleh isi minyak motor awak."
Mamat nie memang saja buat aku menyentap pagi-pagi buta ni!huh!
Eii...geramnya!boleh dia buat dunno jer...huh!malas aku nak layan...sengih2 macam kerang busuk!

Baru hari pertama kerja, dah ada yang cari pasal dengan aku. Dia tak tahu lagi aku punya nyentap ni boleh gegar stesen SHELL jeram ni...lantak kau lah...aku memang tak nak isi minyak untuk ko. Dah la kerek...menyampah aku!

**********
"ai..kenal aku lagi?nak nombor fon boleh?name ko sape?panggil aku wan. Ko bukan orang sini kan?aku tak pernah pon nampak ko before ni?"
Aduss..sape plak ni?dah la aku penat nie,ada gak yang nak kena ngan aku ni...malas nak layan. Tapi, rasenye macam kenal...ntah, biar lah...aku tak sabo nak jumpe katil aku. Terbayang-bayang tilam aku yang empuk. Syoknya tido...sejak aku kerja kat stesen minyak ni, aku tinggal dengan kakak aku...rumah die pon dekat. Aku jalan kaki jer pergi tempat kerja.

"sombongnye..."

"ko nak per?aku penat la...aku nak balik!"

"kejap la...kite kenal-kenal dulu...ko ni garang betol!tak elok tau anak dara garang cam ni. Nanti tak ada laki yang masuk pinang."

"hey, suke hati aku la...ko sebok pesal?aku dah penat sangat ni…esok aku kerja pagi, Tolong la paham!"huh...mamat ni memang kurang asam. Nasib baik bukan muhrim. Kalau tak, dah lame aku ketuk kepala die yang biul tu...biar betul sikit.

"ok2..jangan marah. Ko ni benci sangat ngan aku nape?aku nak kenal ngan ko. Tak boleh ke? Aku nak no tepon ko."

"aku tak ada handphone. Aku baru kerja, tak ada duet nak beli. Ko ni x faham bahase ke?"
Tak ade maknenye aku nak bagi nombor fon kat laki.lagi2 aku tak kenal mamat ni. Sebenarnya, baru minggu lepas abah bagi aku handphone. Walaupun nokia 3210, tapi aku tak keysah. Orang kata handphone 32 sekupang tu, kalau campak kat anjing, anjing tu mati. Betol ke? Haha..tak berani aku nak campak kat anjing,dibuatnya anjing tu x mati pas tu kejar aku tak ke haru...saja nak bagitau yang hp tue shockprof.

"teet...teet...
Adus! Kantoi aku. Sape pulak yang bagi sms nie...

"ala, jangan nak tipu, dose. Tengok, cepat je Allah nak bagi petunjuk. Tak ape la, ko ambik nombor aku, bile-bile ko rase nak tepon atau sms aku, aku sedia layan ko.hehe...017xxxx"

Terpaksalah aku ambil nombor die. Malunye aku...

"eh, kejap la..ko tak bagitaw lagi nama ko."

"panggil jer aku dila. Dah la, aku nak balik. Assalamualaikum."

"dila, jangan lupe massage aku taw!!"

Huh...selamat aku,cepat2 aku lari. Nyusahkan tol mamat tue. Tapi handsome gak mamat tue. Tak putih pon, ade gak rupe. Hehe...sempat lagi aku nak berangan.
Aku baru perasan yang mamat tu naik yamaha Nouvo. Smart nye motor tu..aku suke giler moto tue. Nak beli, duit tak cukup...kalau nak beli, down payment mesti dalam seribu lebih. Aku 10 ringgit ade la…haha… berangan lagi aku ni.


***********
Harini keputusan SPM keluar. Berdebar-debar plak. Berapa la ku dapat nanti. Minggu lepas aku mimpi dapat sikit jer. Tapi, aku tak ingat la berapa. Aku bukan pelajar harapan sekolah. Tapi aku cume boleh yakin yang aku lulus jer. Dapat A atau B aku tak leh nak gerenti.

Aku pergi sekolah dengan geng2 lama. Kawan sekelas aku. Leha, far, ana,eda,...syoknya sekolah. Rasa cam nak undur balik pergi sekolah. Banyak main,gelak sama2. Eleh, dulu mase sekolah berangan bila nak habis sekolah. Dah bosan dengan peratuan sekolah yang kena ikut. Sekarang, baru sedar yang peraturan sekolah tu lah yang mendisiplin kan aku.

Eh, banyaknya A. Alhamdulillah, aku dapat 6A,2B,2C,1D. Adus..subjek arab aku D la plak. Nasib baik lulus. Kalau tak, buat malu je dari form 1 sampai form 5 sekolah gama, tapi arab fil. Tak pa la, itulah usaha aku selama ni. Tapi macam tak caye plak dapat 6A. Teror gak aku eh. Hehe..dulu mase PMR dapat 2A je. Alhamdulillah. Semua yang berlaku ada hikmah.

*********

"saya nak berhenti." alasan ape aku nak bagi kat bos ni? Aku nak duduk dekat dengan mak sebelum aku pergi kedah. Aku dapat tawaran matrikulasi kat kuala nerang. Kat mane ntah. Tak pernah dengar pon sebelum ni. Yang aku tau kat kedah. Itu pon, kat surat tawaran yang aku dapat.

"kenapa? Tak seronok kerja kat sini? Atau awak nak kerja kat tempat lain?"
Banyaknya tanya bos aku ni...

"err...tak. saya enjoy kerja kat sini. Sebenarnya saya dapat tawaran belajar kat kedah. Saya ingat sebelum saya pergi, saya nak duduk dekat dengan mak saya. Nanti dah jauh, rindu..." terpaksa aku berterus terang. Malu gak, alasan macam tak munasabah. Tapi, betul gak.. tanjong karang dengan kuala nerang bukan macam tanjong karang dengan klang. Dekat. Boleh selalu balik. Tak sanggup...tak sanggup...

"ok, saya faham. Nanti sebelum habis kerja, jumpa saya. Tahniah ye dapat result cemerlang. Saya bangga ada pekerja pandai macam awak."

“thanks bos. Tapi saya punye result biasa jer. Ramai lagi yang dapat lagi hebat. Ni puji lebih2 kena ada extra gaji." saja jer aku gurau dengan bos aku. Mana la tau, kot2 dapat saguhati. Hehe....berangan lagi aku ni.

Ustazah shamsiah pernah kata setiap kerja yang kita buat mesti kena ikhlas. Sibuk mane pon kite, solat jangan lupe. Ingat, yang bagi rezeki Allah..jadi kita tidak boleh tidak tinggalkan suruhan Nya. Walaupun gaji yang kita dapat sedikit, tapi itulah yang berkat. Apa guna duit banyak kalau tak dapat keberkatan Allah. Hudup ni sia-sia saja. Duit banyak, tapi selalu tak cukup.
Aku akui pe yang ustazah bagi tau tu betol. Yelah...sekarang ni aku dah kerja. Dah merasa ada duit sendiri. Ya Allah, berkatilah rezeki ku...

********

Buhsan giler! Tapi syok gak. Dapat tidur puas2...hehe...lagi sebulan sebelum tarikh aku kena daftar kat kuala nerang tu...
Tengah aku belek-belek hp 32 sekupang aku, ternampak nombor wan. Tak pernah lagi aku massage atau call die sejak malam tue. Aku jumpe dia pon wat dunno jer. Malas nak layan. Cam sengal jer mamat tue. Hehe...suke hati aku jer nak kata anak orang sengal.
Tengah boring2 ni, baik aku miscall. Saje kacaw. Hehe...idea jahat dah muncul kat kepale otak aku nih...

Alamak...die tepon aku balik. Mampos aku! Nk kate pe ni...aku mane reti sembang ngan orang laki.

"hello...assalamualaikum..."

"err...wa’alaikumsalam...ye, cari sape?" hehe...buat2 tak taw plak.

"tadi awak ada miscall saya. Kenapa?"

Aduss...mampos aku!nak jawab ape ni...
"hmmm...maybe saya salah tekan kot. Maaf ye..."
Pergh...selamat aku...

"ok...tak ape...jap, tapi saya rasa macam kenal suara awak. Nie Dila kan?"

Aduss...kantoi plak. Macam mana die boleh kenal suara aku ni....mak...tolong!!!!
Terus aku tekan butang merah kat handpone aku ni....tak berani dah aku. Nyesal aku miscall dia.

Teet..teet...
1 message receive.

-Dila...jgn lari dr aku. Aku tw kau dila. Aku knal sgt sore org yg aku sayng.

Glurp!tibe2 jer nie. Sewel per mamat ni.

-maaf...sy bkn dila...awk slh org kot

Teet...teet...
-if awk bkn dila, nape ltak tepon td?dah r.. jgn b’dalih lg.sy nk kwn ngn awk.

Kantoi…aku dah kantoi…macam mane ni?terus terang jer la...
"berkatalah benar walaupun kebenaran itu pahit."
Masalahnye pahit tue kena kat aku.

-ok...aku m’aku, aku dila. Sj je miskol ko. Ok la, aku ad keje nk wat ni.salam...

Teet..teet...
-ok dila. t mlm aku tepon ko. Dpt gk no ko eh..dah r berenti keje x btaw aku. Pnat aku cr ko.huhu..

Lantak kau la nak tepon atau tak. Aku tak heran...huh..

*********
Dah 4 bulan aku kat bumi kedah ni. Nyaman jer udara kat sini. Seronok gak dok jauh dari family. Terasa disayangi lebih dr yang lain.hehe... maknenye dah 5 bulan aku dengan wan berkawan.
Berkawan? ade ke istilah kawan dalam islam between boy and girl? bukan setakat kawan biasa. Everyday kami sms. Sehari tak dapat sms dari dia, rase lain jer…ini ke yang dinamakan cinta? Aku akui, aku dah mule sayang kat wan. Dia la lelaki pertama yang ungkap sayang kat aku. Selama ni aku tak layan mana2 lelaki. Ye la..sape yang nak ngan aku. Aku bukan cun. Badan aku boleh dikategorikan sebagai gemuk. Tapi sekarang dah kurus sikit. Kakak aku perasan dengan perubahan aku. Maybe mase aku kerja tu aku dah tak ingat nak makan. Letih kerja, tak larat dah nak makan banyak. Lagi2 dok kedah ni...jauh dari famili.

"wooii..termenung jauh!ko ingat sape dila? Ingat pakwe ye?"

"ko ni faz. Nasib baik aku tak ada sakit jantung. Kalau tak dah lame aku kiok! Tak adela...saja cari ketenangan..."
Faz, member baik aku kat kolej mara kuala nerang ni. Aku happy kawan ngan dia. We always together.

“dila, tadi announcement, ajk Biro Pembangunan Insan ada perjumpaan malam ni kat surau lepas isya’. Weh, tadi ko kate nak cari ketenangan kan? Suraulah tempat paling tenang tau! Boleh jumpe abang fakhran aku...aku yakin lepas ko jumpe die mesti hati ko tenang...serius la aku kate...nanti kirimsalam ngan die yeh.."
Perjumpaan? Nape pulak fakhran nak buat perjumpaan plak? Rasenye baru 2 hari yang lepas kitorang ade usrah. Setiap malam jumaat memang ade usrah.

"weh, tak nak la ku sampaikan salam ko tue. Aku yang malu nanti. Ko bukan tak tau, dia mana ade pandang girl. Habis la hilang die punye hafalan nanti. Aku dengar dia dah habis hafal Quran."

"ye ke? Bertuahnya aku...itu lah ciri2 lelaki idaman yang boleh jadi suami."

"jangan berangan la faz...nak mendampingi lelaki yang soleh, kite kena jadi wanita solehah dulu..girl yang baik untuk boy yang baik..."
Tinggi betul angan2 faz...hehe...tapi, kalau ade rezki, nak jugak jadi awek die...mesti bahagia...

"ala...aku tau la aku bukan kategori girl yang alim. Tapi, betol la...mesti bahagia if dapat suami soleh macam fakhran.hehe..."

"aku pon teringin gak...bahagia dunia akhirat..." aku pulak yang berangan...tu la...tadi mengata faz...

"eleh..poyo ko ye!tadi ngata aku...abis tu, mamat jeram tu nak campak mana?"

"aku bukan serius dengan dia...tak declaire pon. Kitorang kawan je la..."
Ha?betol ke ape yang aku kate ni?tapi aku dah sayang kat die...

"ye la dila...tiap2 hari massage, ko kate kawan jer? Blah la wei...couple jer yang tiap2 hari massage..."
"yela2...tapi, kitorang tak declaire pon...ntah..malas aku nak fikir. Bukan confirm jadi husband aku pon. Kite mude lagi la...masuk U pon belum lg..."

Tapi bile difikir balik, betul gak pe yang faz kate...ntah...biarlah...malas aku nak fikir...

*********

"assalamualaikum wbt...minta maaf kat antum semua sebab panggil antum ke surau malam ni..."

Dia memang boy paling sopan pernah aku jumpa. Pandangan matanya sentiasa dijaga...kalau tengah marah, pandang muka dia pon tak jadi nak marah. Muka penuh dengan cahaya keimanan. Hehe...

"ana nak tegur semua ahli usrah termasuk diri ana sendiri..Kita semua pernah buat silap. Tak ada yang sempurna kat dunia ini. Manusia diciptakan dengan 1001 kekurangan. Dalam islam, tiada istilah ’couple’ atau bercinta sebelum kahwin. Percintaan yang dibenarkan adalah percintaan yang mempunyai akad yang dihalalkan. Allah memberkati , percintaan yang mempunyai akad pernikahan. Bukan percintaan sebelum berkahwin. Itulah punca terbesar mengapa terjadinya penzinaan, lahirnya anak luar nikah. Bila lelaki dan perempuan berduaan syaitan adalah orang ketiga"

Aduss...dia ni macam nak tegur aku jer...glurp!betol ke ape yang fakhran kate tue? Habis tu selama ni, aku berdosa?

"maaf, saya nak tanya...tak kan sekadar kawan pon tak boleh?"
Lancar mulut aku menanyakan soaln tu, sebetulnya aku macam tak puas hati. Takkan kawan pon tak boleh?

"islam dah ajar kite hubungan yang bagaimana yang dibenarkan dalam islam...bukan hubungan yang sia2. sesiapa yang ada pakwe atau makwe, lebih baik fikir2 balik ape yang ana kata. Jangan risau pasal jodoh. Allah berfirman dalam surah an-nur ayat 26, Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Begitu juga sebaliknya. Kalau kita nak pasangan hidup yang baik, beriman...kita sendiri yang kena didik diri sendiri. Sebab peribadinya ditentukan oleh sejauh mana ketinggian peribadi diri kita sendiri."

Memang tak boleh lawan. Sekali dia keluarkan ayat quran. Terkedu aku.

********
Habis tue, selama ini macam mana aku ngan wan?
Patut ke aku hentikan ja hubungan kami?
Tapi, aku sayang dia...
Ape guna sayang kalau Allah tak redha?
Apa guna aku hidup kalau Allah murka kat aku?
Pening2...aku sayang dia....
Ya Allah...bantulah hamba Mu...
Permudahkanlah urusan ku...
Redhailah aku hidup di bumi Mu ni...

***********
-salam...maaf,aku rs pasni x pyh la kte msg. Kte stop smpi cni. Ak mnta maaf ats sgla slh slap aku.thnx cz lyn aku dgn bek slama ni
Sent message.

Fuhh! Lega aku...macam mana la dengan penerimaan dia. Tiba2 je aku mintak clash. Padahal itorang tak gaduh pon...

Alamak, die tepon...aku nak kate pe nanti?

"assalamualaikum..."lembut suara die...die ni tak marah kat aku ke?macam tak ada perasaan jer mamat ni.

"err...wa’alaikumsalam..."

"dila, pe salah wan? Tibe2 je...if im doing wrong,please tell me...do’t do like this. I really love you…" sayu jer suara die…aku ingat dia nak marah…cair pulak aku…jangan!aku mesti tekad kan hati.

"awk tak salah apa2. i just want to say that we cannot continue our relationship like this. Islam tak benarkan. Kita kena ada hubungan yang sah. Hubungan kita selama ni satu dosa."

"habis selama ni?apa makna hubungan kita? Atau awak dah tak suka kat saya?"
Susahnya aku nak terangkan kat mamat sorang nii...

"selama ni kta tak tau....ehmmm...macam ni lah...if awk betol2 nak kat saya...awak datang jumpa mak ayah saya...but, not now! After im finish my degree."

"tapi, tak kan semudah itu? Ok...bila sampai masenye nanti saya akan lamar awak. Saya janji"
mendatar je suaranya.

"tak payah lah awak nak berjanji dengan saya. If ada jodoh, ada la...if tak ada, nak buat macam mana kan...awak akan jumpe girl yang lebih baik dari saya nanti."
Pergh! Teror nya aku susun ayat.

"kalau macam tu yang dila cakap, saya nak buat ape kan...saya akan tunggu awak."

"jap, tak payahlah awak nak tunggu saya. Lama lagi saya nak habiskan study saya. Larat ke awak nak tunggu saya?"

"walau ape pon, saya akan tunggu awak. Ok lah, assalamualaikum"

“wa’alaikumsalam…"

Rasa macam nak nangis…dulu mase aku rapat dengan wan, aku paling takut kalau aku yang ditinggalkan. Aku tau, aku tak la cun, tapi alhamdulillah..cukup sifat. Kadang2, aku rase tak yakin yang dia betul2 sayang kat aku. Tapi sekarang, aku pulak yang tinggalkan dia.

Radja-jujur

Duhai kekasih pujaan hatiku
Dapatkah kau memberiku satu arti
Sedikit rasa yang bisa ku mengerti
Bukan sumpah atau janji
Buktikanlah bila kau ada cinta
Setulus hatiku bisa menerima
Sebatas kejujuran yang kau miliki
Bukan sekadar bersama
Jujurlah padaku...
Bila kau tak lagi cinta
Tinggalkanlah aku
Bila tak mungkin bersama
Jauhi diriku...
Lupakanlah aku
Woooo....
Jujurlah padaku....
Bila kau tak lagi suka
Tinggalkanlah aku
Bila tak mungkin bersama
Jauhi diriku....
Lupakanlah aku
Selamanya....

Aduss...lagu ni betol2 buat aku bersalah dengan wan.
Selama kami berkawan, dia sangat sabar layan aku. Aku pulak selalu marah2. dia selalu sabar. Jarang la dia marah aku.
Argh!!! Hati kelam kabut, bagai dilanda ribut...

Ya Allah...
Aku memhon pada Mu...
Berikan lah aku ketenangan hati agar daat menempuhi dugaan Mu...
Kuatkanlah kaki ku dalam melangkah ke jalan Mu...
Jangan Kau biarkan hati ku terpesong dari landasan hidayah Mu...

Apa yang aku buat ni, kerana Allah. Biarlah aku kehilangan wan. Aku yakin, ada yang lebih baik menanti aku dihadapan.

"kalau kita berkorban sesuatu ke jalan Allah, Dia akan memudahkan urusan kita."

Betul tu...if memang betol jodoh aku dengan dia, pasti kami akan bersama satu hari nanti.
Aku lagi takut kemurkaan Allah dari segala2 nya.

Aku nak hapuskan segala kenangan aku dengan dia. Aku nak tukar nombor. Biar kami lost contact. Tapi, before tue, aku bagi massage terakhir.

‘kiranya tiada cinta insan untukmu,
Cukuplah cinta Allah penyuluh hidupmu...
Kelak akan ada cinta untukmu dari insan yang menyintai Allah
Sebagaimana cintamu kepada Nya’

Aku harap dia faham mengapa aku mengakhiri hubungan kami.

********
Bosan nya dok rumah ni....aduss...memang la bes dapat tido puas2...tp, ttp buhsan!
Aku tak sabar nak dapat result matrix. Rindunya kat matriks. Suasana nyaman Kuala Nerang yang tak mungkin aku lupekan. Kehidupan kat matriks adalah kehidupan yang paling menyeronokkan. Jumpa kawan dari setiap negeri. Aku mulai kenal budaya mereka. Aku juga mulai memahami mereka. Kenapa orang ganu ngan kelate mempunyai ikatan assabiah yang terlalu kuat. Kalau jumpe geng2 negeri diorang, memang dah tak pandang orang lain. Haha...aku tau jawapannya... walaupun orang lain pandang serong dengan dorang, tapi aku tak... sebab diorang sentiasa ngan geng2 ganu n kelate dorang, coz senag diorang nak balik kampung nanti. Balik same2... ade member nak balik kampung. Sebab tue dorang memang rapat. Tak tahu lah...ni berdasarkan pemerhatian aku. Tapi aku ok jer ngan dorang...coz aku kawan semua orang. aku suke dengar diorang sembang...kelakar...haha...keluar semua loghat ganu ngan kelate...

Aku rindu kat kelas tutorial aku...cikgu hanif...class rep,mail...kawan2 sekelas aku. Mana mungkin aku bisa mngembalikan masa. Hanya kenangan yang sentiasa dijiwa. Ya!kenangan tak pernah mati, tak pernah luput...sentiasa harum subur dihati.

"dila...dah bangun ke belum tu???"

Alamak…mak aku dah bunyi siren…aku dah bangun dari tadi, dah gosok ggi, dah cuci muke...mak aje yang tak perasan...tapi mak memang pantang kalau tidur wakt pagi. Mak kate, nanti rezeki susah nak masuk. Lagi teruk kalu anak dara bangun lambat. Mungkin dah terbiasa bangun pagi, sampai sekarang aku memang awal bangun pagi. Kat asrama matriks dulu pon, aku yang kejut kan rumate aku. Jarang la die yang kejutkan aku. Hehe...
"dila...tidur balik ke?"mesti mak ingat aku sambung tidur.

"ye mak...dila tak tidur"
Aku tak tipu mak...cumenye aku baring2 sambil mengelamun.hehe...

*********
Teet..teet
-salam...dil,result kuar sok

-Ha?biaq betoi...cuaknya...

-xkn aku tpu. Leh cek gne sms tw!
Cepat tol faz dapat taw...tapi sms td memang wat aku rase tak senang duduk.
Ya Allah...lambatnya mase berlalu. Aku tak sabar nak taw result aku...

-faz, aku tkut.if result aku truk, mk aku sruh kawen.

Mak dah cakap ngan aku kelmarin. Kalau result matriks aku teruk, lebih baik aku kahwin. Mak kate die sendiri yang akan carikan calon suami untuk aku.
Argh!aku tak nak kawn sekarang. If kawen pon, aku nak dengan wan...hehe...
Berangan jer la aku…ntah2 dia dah ade awek lain. Aku nak tengok sejauh mana kesabaran dan kesetiaan dia tunggu aku.

-ok la 2.xpyah sush2 stdy lg.hehe

Eh.minah ni…die fakir kawen tu senang2 jer ke? Tp, betol gak. Tak payah aku sengkang mata nak study. Kalau dah kawen nanti. Husband aku la yang kena tanggung aku. tak payah kerja.

-ye la 2. if dpt laki kya.

-pe lg, cr la laki kya!

Faz....sabar jer la aku dengan ayat minah sorang ni...

-if ade laki kya yg nk ngn aku...huhu

-xda la dil, aku men2 jerk! Pe gne blaja tngi2, tp xkeje bgus.

Tol ak faz kata...blajar tngi2 ni, harap nya dpt la keja bagus, boleh tolong parents aku. boleh beli ape yang aku nak. berangan lagi aku...

"kita menuntut ilmu kerana Allah. Bukan kerana hendak disanjung oleh manusia. Nak cari kekayaan. Belajar kerana Allah...insya-Allah kita akan sentiasa dilindungi dan diberkati."

Tibe2 teringat pe yang aku pernah dengar tazkirah mase sekolah dulu. Betoll gak 2...

’Sahaja aku menuntut ilmu kerana Allah Taala...’
Aku ingin betolkan balik niat aku. aku nak sayap2 malaikat sentiasa melindungi aku walau dimana saja aku berada. Itu antara kelebihan orang yang menuntut ilmu kerana Allah Taala...

*****

Alhamdulillah...aku dapat 3.74...syukur bangat!

-salam faz, cmne rezlt?aku da cek. Alhmdlh,aku dpt 3.74

Tak sabo aku nak bg taw kat faz.

Teet...teet...

-alhamdlh. Aku dpt 3.7 mu lg bnyk dr aku.

-tahniah. Xkeysah la sape yg teror. Aku hrap t kte dpt u sma.

Teet..teet...
Insya allah.ak ingt nk aply uitm.aku nk smbung amik acc.mu?

-sm la. Aku nk amik acc gk.

Alhamdulillah....tercapai gak hajat aku nak dapatlan pointer 3.5 and above.
Berita baik ni aku dah bg taw kat mak awal2 lg. Mak kata, selamat la aku nak kawen cepat. Haha....itu pulak yang mak fikir.

********

Cepat nye mase berlalu....serasa baru semalam aku masuk tabika. Abah hantar...hehe...aku la paling bertuah antara adik beradik yang lain. Abah sentiasa sibuk dengan kerjanya. Sampai tak ada masa nak hantar anaknya ke sekolah. Seingat ku, kakak2 dan abangku pergi sekolah menaiki basikal walau hari pertama sekolah. Tapi, aku beza. Abah sanggup hantar aku. sayang abah!aku rapat dengan abah dari mak. Dari kecik kalo abah nak pergi medang(minum kat kedai kopi; bhs jawa) masti abah ajak aku. walaupun masa tu aku dah ada adik.

Masa aku nak daftar kat kolej mara kuala nerang pon abah sanggup ambil cuti nak hantar aku.

"tak acinya la ko. Baru masuk matriks, tapi abah sibuk nak hantar ko. Aku yang masuk U pon abah tak hantar. Kalau tak dapat result yang bagus tak taw la nak kate pe."

Aku ingat lagi kak lela bitau aku. memang tol, selama ni abang sulung aku yang hantar kakak2 aku yang lain mase pendaftran U. Mungkin dalam banyak2 adik beradik, aku la paling mirip dengan abah. Orang kampung yang tak kenal aku pon, tau aku anak siapa. Paling nyata, aku la yang gemuk. Adik beradik aku solid jer. Ikut mak...abah memang besar. Dulu ye gemuk. Tapi sekarang aku tengok abah dah makin kurus. Tapi perut boroi abah tetap maintain. Hehe...

Perut buncit abah tu la yang buat aku selesa bila nak tidur dengan abah. Pelindung aku bila aku kena marah dengan mak. Aku pasti akan menyorok kat perut abah. Mak tak kan nampak. Haha...

Before masuk matriks, abah pesan kat aku, kuruskan badan. Perempuan tak elok gemuk. Nak kahwin nanti susah. Hmmm...bagi aku if boy tue jatuh cinta ngan aku, biarlah dia cinta ngan peribadi aku, bukan fizikal semata2. tapi, tak boleh gak...rupe pon memankan peranan.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda,"wanita itu dipilih kerana 4 perkara. Kecantikan, harta, agama dan keturunan. Jika kamu pilih kerana agamanya nescaya kamu akan selamat."

Agamalah penyelamat segala2 nya. Aku nak jadi wanita solehah. Untuk mak ngan abah,adik beradik aku. untuk sahabat2 ku, paling utama untuk bakal suamiku nanti. Hehe...

"dila...cepatla bangun...kata nak sarapan td"

Terkejut aku. diana kacau jer aku tengah berangan.

"ko ni, berangan tak sudah2. cepatlah bangun. Perut aku dah lapar ni. Jom beli makanan kat bawah"

Perangai diana sama macam faz. Kalau bab makan, tak pernah tak lewat. Badan kecik tapi nafsu makan mengalahkan aku yang badan besar ni. Rindunya kat faz...pe la die buat sekarang ni. Aku terpisah dengan faz. Aku berjaya masuk uitm shah alam. Tapi die dapat UTM skudai. Tak pe la. Walaupon die tak dapat kos accountancy, tapi cgpa die setakat ni 3.52. tue lah namenye hikmah. Mulenye die memang tak nak kos psikologi industri, die kate macam tak pernah dengar jer. Aku pon tak pernah dengar. Rezeki die...ada hikmah semuanya tue. Sekarang dah nampak hikmah nya.

Aku pulak lain. Walaupun dapat kos yang aku nak, result aku kantoi. Giler2 punye kantoi. Setakat ni, cgpa 2.92...aku dah dapat surat amaran dr JPA pasal result aku ni. Takut gak if scholarship kena tarik. Mampus aku!huhu...
Penat aku fikir nape result aku teruk. Tak macam kat matriks dulu...senang jer nak dapat 3.7...mungkin ushe aku tak sekuat mase kat matriks dulu...sedih nye...mak tak taw, malas aku nak bg tau. Nanti aku yang kena bebel.

Untuk sem 3 ni, aku nak ushe degan ushe yang luar biasa..aku nak naik kan cgpa aku. azam aku! ya Allah...bantulah hamba Mu....

"dil...cepatla!aku dah siap ni. Aku ingat dah siapa tadi, rupenye sambung berangan ko ye."

"ye...aku dah nak siap ni"

Diana ni tak menyabo sungguh. Huhu...tapi aku senang dengan diana. Dalam banyak2 housemate, dia la yang paling rapat ngan aku. lagipon, kitorang sekelas. Memang sentiasa bersama kalau gi mana2.

*********
Terkocoh2 aku ambik hp aku. sapa plak yang tepon aku. tak appear name pon. Sape ye?

“hello assalamualaikum…"

Tak sempat aku nak kate hello. Orang tue dah bagi salam dulu. Tapi, mcm kenal jer suara tue.

"wa’alaikumsalam..."

"dila...awak sihat?kenal sy lg tak?"

Sah!memang aku kenal suara ni. Tp, mana die dapat no aku?

"err..saya sehat?ni sape eh?"
Hehe...saje je nak uji. Takut salah orang, malu jerk! Rindunya...rasenye dah 3 tahun kami putus hubungan.

"ni wan la. Saya nak jumpa awak boleh?"
Ha?nak jumpe? Tak nak aku!

"nak jumpe?perlu ke?"

"perlu. Sebab saya nak jelaskan segala2 nya kat awak"

Lain macam jer. Dia nak bg taw ape kat aku. nak marah aku sebab tukar no fon ke?

"nak jelaskan pe lagi?"

"dila. Selama 3 tahun awak tinggalkan saya tanpe khabar. Dah tu, awak tukar no fon tnpa bgtaw kat saya. Penat saya cari awak. Nasib baik akak yang sama kerja dengan awak dulu bg saya no baru awak ni. Kenapa?benci sangat ke awak kat saya?"

Terkedu aku. sape suruh cari aku?

"kan saya dah terangkan kat awak. Ape lagi yang awak tak paham? Saya tengah belajar sekarang. Saya tak nak diganggu. Saya ada kerja ni. Ok lah..."

"dila, tunggu jap! Saya tau sume 2. mungkin kita memang ditakdirkan tak ada jodoh. Tapi, percayalah, saya tak kan pernah lupa kat awak. Bulan depan saya akan berkahwin. Jemputlah datang ke rumah. Bakal isteri saya teringin nak jumpa awak. Saya dah ceritakan segala2 nya kat dia. Saya tak nak ada curiga antara kami. Saya cuba pertahankan janji saya. Tapi awak menghilang macam tue jer. Keluarga saya yang aturkan semua ni. Saya pasrah. Mungkin antara kita tiada jodoh. Maafkan saya."

"awak tak ada salah ape2 kat saya. Mungkin...mungkin jodoh daya bukan dengan awak. Jagalah isteri awak elok2. jangan lukakan dia. Semoga awak bahagia bersama. Assalamualaikum"
Terus aku matikan telefon tanpa dengar die menjawab salam.
Terlalu berat untuk aku ungkap kata2 perpisahan.
Air mata ku menitis. Tak pernah aku menangis sebab lelaki. Aku menyayangi wan. Aku menunggu aku habis belajar. Bila masa tu dah semakin hampir, aku pulak yang ditinggalkan.
Ini ke balasan aku tinggalkan die?
Ya Allah....
Tak sanggup lagi aku hadapi...
Aku tinggalkan wan sebab aku menyedari betapa berdosanya perhubungan kami tanpa ada akad yang dihalalkan.

’sabarlah...Allah telah mengaturkan kehidupan mu sebaiknya. Ada lelaki yang lebih baik sedang menunggumu...’

Hatiku memujuk...ada hikmah disebalik semua tue. Aku kena sabar.

******
Setahun sudah berlalu....semenjak kejadian tue, aku meneruskan kehidupan dengan hati yang cekal. Kini, aku dah habis belajar. Lagi seminggu konvokesyen aku. tak sabar nak tunggu detik bersejarah dalam hidup ku. Detik dimana aku berjaya mendapat segulung ijazah yang aku idam2 kan selama ni.

Kini, aku sedang menjawat jawatan sebagai penolong akauntan di jabatan perakaunan. Oleh kerana aku merupakan pelajar tajaan JPA, kerja memang sedang menunggu aku. tak perlu nak mencari. Alhamdulillah...urusan aku dipermudahkan Nya. Walaupun jawatan aku tak tinggi, tapi sekurang2nya aku mempunyai pekerjaan. Lagipon dah termaktub dalam perjanjian aku untuk bekerja dengan kerajaan setelah tamat belajar.

Telefon aku berdering...sape plak yang tepon ni. Baru nak lelapkan mata. Hari ni merupakan hari pertama aku bekerja. Memang banyak benda yang aku kena setle kan. Kerja memang penat. Tapi, mana ada kerja yang tak penat?hehe...

"hello..assalamualaikum"
Sape plak nie?dah la suara laki. Mamat mane yang sesat nombor ni?

"waalaikumsalam. Maaf, saya tak kenal awak. Awak salah nombor kot. Saya letih. Nak tido!ok, assalamualaikum."

Aku terus mematikan telefon tanpa sempat mamat tu nak kenalkan diri.
Biar lah, aku pon malas nak amik taw. Ntah sape.

Teet...teet...
-dila...

Sape ni?kalau tak salah ni nombor fon mamat sewel td

-sape? Sory, i xknal u. Plz dnt dsturb me!
Padan muke! Malas aku nak layan.

Teet..teet...
-sy adhwa.knal sy lg? MOHD ADHWA B SHAMSUDIN

-Adhwa mane??????

Teet..teet…
-kta pnah sekels ms sem 4. ACB4F. skrg, kta 1 jbtn. Td sy nmpk awk,nk tego tp awk jln lju sgt

-maaf,rmi sgt boy kt ACB4F 2.sy mmg xknal awk.sy nk tdo. Nyte!
Dari mana pulak mamat ni dapat no aku?best nye...ade orang admire. Prasan plak aku ni...hehe...

Teet...teet...
-ok la dila. Sok pg kta jmpe eh.k,salam.

Sapa ye mamat 2?adhwa?serius aku x ingat. Aku x layan laki lain, coz aku nak setia ngan wan. Sudahnya, aku yang kena tinggal. Huhu...tapi semenjak kejadian 2, ramai kata aku dah makin susut. Mule2 aku sendiri tak perasan. Bukan sebab aku kecewa ngan wan, tapi aki sendiri tak ada selera makan. Maybe assignment banyak sgt. Yang penting aku dah kurus sekarang. Senang la nak cari baju pengantin nanti. Tp, sapa nak kawen ngan aku?
Baik aku tidur. Wat pe jer nak ingat benda yang dah lepas. Benda yang akan berlaku, lagi la jangan terlalu mengharap...huhu...

******
"dila, saya nak lamar awak. Lepas raye rombongan saya datang merisik. Pastu kita terus bertunang. Sebulan lepas tue kita kahwen."

"what????"
Giler ke mamat sorang ni. Tibe2 nak ajak aku kahwen. Aku kenal die sekadar cam 2 jer. Walaupun kitorang satu tempat kerja tapi aku jarang jumpe die. Tibe2 ajak aku kahwen.
Zahra, kawan pejabat aku pon terkejut badak. Patutla dia beria ajak aku lunch. Dah tu, die suruh bawak teman. Dia kate, tak elok kalau kami keluar berdua.
Kalau dia tak suruh aku bawak teman pon, aku memang akan bawak teman. Giler pe nak keluar berdua ngan dia. Dah la bukan muhrim.

"saya serius. Tak perlu kita nak bercinta sebelum kahwin. Kita nercinta selepas kita ada hubungan yang sah. Cinta itu lebih diredhai Allah. Masa tu kita kenal hati budi masing2. saya dah fikir masak2. awaklah permaisuri yang layak jadi pendamping saya di dunia dan akhirat"

Malunya aku...lagi malu coz zahra pon ada gak. Zahra seolah2 mengerti. Langsung tak ambik port. Just dengar jer!

"tapi...." aku cuba mengelak.

" tak ada tapi2. saya bagi awak masa untk fikir tentang lamaran saya. Saya tau, awak mesti fikir saya terlalu terburu2. tapi percayalah, saya ikhlas nak jadi teman hidup awak. Balik ni, awak buat istikharah,. Minta petunjuk kat Allah. Dia lah sebaik2 sandaran. Kalau awak dah jumpa jawapan, awak beritahu saya. Masa tu, saya terima apa saja keputusan awak"

"Err...."
Terdiam aku... tak tau nak kate ape dah...ayat mamat ni wat aku terdiam sejuta bahasa.

"awak tak perlu tanya saya nape saya pilih aawak. Satu hari nanti awak akan tau jawapannya."

******
Patut ke aku terima lamaran adhwa? Ya Allah... berilah ku petunjuk Mu..
Walaupun masih terkejut dengan lamaran yang secara tiba2, aku tetap melakukan istikhrah mcm yang adhwa’ suruh tue. Mudah2 an aku mendapat ilham untuk membuat keputusan.

Sebenarnya istikharah ni bukan untuk minta petunjuk pilih jodoh jer. Setiap perkara yang kita nak buat mestilah berdasarkan pilihan yang tepat. Yang memberi kebaikan kat kita dan orang lain. Itulah pesanan ustazah sahmsiah kat aku mase aku form 5. sampai sekarang aku selalu minta petunjuk Allah melalui istikharah. Masa aku nak masuk uitm dulu pon aku wat istikhrah. Biarlah keputusan yang aku wat nanti tak akan wat aku menyesal.

‘bila kita mintak petunjuk kat Allah, insya Allah setiap keputusan yang kita wat, kita tak kan pernah menyesal memilihnya’

Ternigiang2 kata pensyarah aku mase aku tahun pertama kat uitm.
Aku akan tekad dengan keputusan aku. yang pasti keputusan yang berdasarkan gerak hati aku. aku tau, Allah akan beri petunjuk kepada ku.

********
Hari ni genap seminggu selepas adhwa melamar aku. aku yakin dengan jawapan yang akan aku beri kat adhwa. Aku harap dia terima. Ya Allah... berilah aku kekuatan.

-Salam...sy trima lmran awk. Sy hrp awk x sia2 kn sy
Sent message!

Fuhh!lega…aku rase mase taip msg td mcm nak jwb soalan final jer.

Teet…teet…
-alhmdlh. Nxt wek, fmly sy dtg umh awk. Trus bincang psal kawen.Persiapn khwn kta wat sdrhna. Sy xnk ad p’bzran. Bg no akaun bnk awk. Sy msuk kn duit utk kenduri

Mak aih…cepatnya…kate lepas raya. Raya lg 2 buln. Mana sempat aku nk wt p’siapan. Nak order kad jemputan lagi, nak cari mak andam. Nak pilih baju kahwen.....

-sempt k?sy lngsung x prepair pape. Xleh nk tnguh k?
Teet..teet..
-dnt wory. Act, I alredy knw ur answ. So, sy dah tmpah kd jmputn, bju khwen, dll. Tugs awk, jmput kwn2 awk. Ur parents pon dah jmput sedare2 awk. Kte tngal kahwen jer.

What???? Mak ngan abah dah tau? Patutla bile aku tanye mak ngan abah diorang setuju tanpa tanya siapa bakal suami aku. rupan2 nya diorang dah kenal bakal menantu dorang. Tak aci!!!!

******
Hari ni merupakan hari bersejarah buat ku. Hari dimana aku sah bergelar isteri buat suami yang aku tak berapa kenal. Itulah hakikat nya. Aku hanya taw dia berasal dari KL. Itu pon aku nampak alamat kat ic dia mase isi borang nikah. Nasib baik aku dah pernah amik kursus kahwin mase kat uitm dulu. Mase 2 sajer jer nak join kursus kahwen. Lagipon yuran murah. Kalo amik kat luar tentu mahal. Rupe2 nye dia pon dah amik gak. Dia amik kurusus kahwen sama ngan aku. adus...malu sungguh aku. paling mengejutkan aku, diana yang aturkan semua ni. Diana dah kenal adhwa dari mula lg. Diana kata, adhwa pernah tanya pasal aku kat die.

Semua dah tersurat. Kan setiap yang berlaku ada hikmah. Akan aku lupakan kenagan silam yang hanay menyakitkan. Aku ingin memulakan kehidupan baru dengan kenangan yang baru bersama suami ku. Aku akan menyintainya sepenuh hati ku. mencintainya kerana Allah..

"aku terima nikah nur fadhilah binti ahmad dengan mas kahwinnya RM80 tunai"

Airmata ku menitis riang. Riang bercampur hiba. Dari saat ini, aku telah menjadi milik yang sah buat seorang lelaki yang bernama suami. Yang berhak keatas aku, zahir dan batin.

Kucupan syahdu suamiku di dahi ku sungguh mneyejukkan hati.

"abang ingin menjadi teman sayang, dunia akhirat...abang ingin hidup bersama sayang selama2nya..."

Ungkapan pertama dai suamiku setelah sah dia jadi milikku.

Aku berjanji pada diriku sendiri yang aku akan menjadi yang terbaik untuk suamiku.

Majlis walimah kami berjalan dengan lancar. Alhamdulillah. Suami aku betul2 mengikut yang diajar dalam islam. Tiada majlis bersanding. Hanya kad nikah, dan doa selamat. Tiada pembaziran dalam majlis kami. Walaupun majlis kami lain dari yang lain, namun ia tetap meriah. Semoga rahmah Allah turun bersama dalam majlis kami. Gembira sungguh bertemu rakan2 lama di uitm. Dorang semua terkejut dapat jemputan dari aku. mereka tak sangka yang aku bertemu jodoh dengan adhwa yang dikenali sebagai seorang pendiam. Aku sendiri terkejut yang aku dah kawen. Hehe...

Dari jauh aku tengok suami ku sibuk berborak dengan abah. Entah ape yang dibincangkan aku pon x taw.

’handsome gak suami aku. berkumis nipis, yang pasti ada janggut sejemput. Aku x taw nape aku teruja dengan laki yang berkumis. Nampak cam macho!’

"dil, pe yang ko tengok?tengok la laki ko 2 malam ni puas2."

Kurrr... semangat! Faz ni memang suka mengejut kan aku. baru nak berangan...

"ish ko ni..mana ada..."
Malu aku...aku rase darah merah dak menyerbu muka aku.

"ok2...aku paham pengantin baru. Dil, macam tak caya kan. Ko suka kat orang lain, tapi kawen ngan orang lain."

"weh, ko jangan sebut2 lg benda lama. Nie la jodoh aku. Aku akn bahagiakn suami aku. aku malas nak fikir benda lepas. Semua yang berlaku ada hikamh. Patut la islam larang kite kapel. Coz kapel kite sekarang belum tentu jd suami kiter. Tol x?"

"betol2. aku harap ko bahagia ngan adhwa. Wlwpon aku tak kenal dia, aku yakin dia mampu membahagiakan ko. Tengok muke pon dah tau"

"tengok muke?ko pandai tilik muke ke?"
Aku pulak menyoal faz.

"ko tak ingat ke yang ko giler dengan mamat yang berkumis. Laki ko ade kumis, misti ko tak puas pandang die"

"ko ingat lagi eh?haha...rezki aku faz...ko plak bile nak kahwen?jgn lama2..."

"sabar la beb...aku pon nak cam ko. Tak payah bercinta, kawen terus. Bercinta bagai nak rak, tapi kahwen ngan orang lain pe gune? Siksa badan jer..."

Haha...faz ni memang kawan yang baik. Bagi dia, ape yang aku buat semua betol. Die pernah cakap ngan aku masa kat matriks yang dia rase menyesal tak sekolah agama mase sekolah dulu. Bile da yang x paham pasal agama, tak payah susah2 jumpe ustazah. Benda yang remeh pon kadang2 kita x taw. Dia kata dia banyak belajar dari aku. aku?entah...ilmu aku belum cukup lagi. Masih banyak yang aku perlu belajar.

Alhamdulillah keputusan mak nak hantar aku kat sekolah agama dulu merupakan keputusan terbaik. Sekurang2 nya kau mempunyai bekalan ilmu agama yang kini semakikn dipnggirkan.Lagi2 nk menempuhi alam rumah tangga. Seminngu sebelum kami nikah, adhwa hadiah kan aku sebuah buku. Buku yang mengajar tentang persediaan seorang isteri. Dia suruh aku khatamkan buku 2, kalau x, kitorang x jd kawen.

Bila fikir2 balik, patut la dia beria suruh aku abeskan baca. Buku tue membuat aku sedar betapa besarnya tanggungjawab sebagai seorang suri.
Terima kasih abang...dila sayang abang...

************

"assalamualaikum..."

Glurp!aku cuak...ni la 1st time aku tido sebilik dengan lelaki asing. Lelaki asing yang berhak keatas ku…

"waalaikumsalam..."
Malunya aku. Allah je yang tau betapa malunya aku saat itu.

"boleh abang masuk?"
Bicaranya terlalu sopan. Adab nya berdasrkan sunnah.

"emmm...."

"dila sayang...kita solat sunnat. Abang tunggu"

"ya Allah...Kau jadikanlah perkahwinan kami sebagai satu ikatan yang indah. Satukanlah hati kami di landasan rahmat Mu...kurniakan lh kami zuriat yang soleh dan bertakwa kepada MU...."

Aku mengaminkan doa suamiku dengan penuh pengharapan. Perkahwinan inilah yang aku idam2 kan. Aku ingin menjadi makmum untuk suamiku dalam setiap solat ku. Aku ingin mengaminkan setiap doa suami ku.
Dialah suami yang akuharap melalui doa ku selama ni. Alhamdulillah, Allah telah mengkabulkan permintaan ku.

Aku mengucuo tangan suami ku. Syahdu...aku bertuah memiliki suami spt dia. Akan aku jaga sebaiknya tanpa melukainya. Akan aku sentiasa bersamanya dalam apa jua keadaan. Aku ingin membina peribadi semulia Siti Khadijah yang setia menemani Rasulullah.

"sayang...my honey...my darling...jangan nangis..."
Malunya aku… romantik gak laki aku ni…

"sayang...abang bertuah kerana memiliki sayang. Abang tau, keputusan abang tepat. Dari pertama kali abang jumpe sayang kat uitm, abang yakin abang tercipta untuk jd pendamping sayang. Abang harap, sayang akan terima abang seadanya…abang tak mampu sediakan kemewahan dunia…yang abang mampu, memberi kemwahan kasih sayang buat sayang. Insya ALLAH…kalau dizinkan Nya, bukan kat dunia je. Kita akan bersama diakhirat kelak. "

Bertuahnya aku...alhamdulillah...syukur pd Mu ya Allah...

"abang...saya harap, abang dapat terima saya seadanya...sayang akan cuba jadi istei yang menyenangkan abang. Tapi, sayang nak tau sesuatu...mana abang tau saiz baju saya? Baju nikah tadi, padan dengan saya. Macam kena je dengan badan saya."
Aku menyuakan kehairanan ku. Sebenarnya aku nak tanya kat mak andam tadi, tapi2 x sempat.

"sebenarnya, diana yang bgtaw abang. Dia bagi saiz baju ayang. Dialah yang bagi alamt rumah sayang. Lepas abang melamar, abang terus datang rumah ayang. Nak merisik. Alhamdulillah, mak ngan abah terima."

"patut la...diorang setuju bila saya beritahu yang saya nak kahwin."

"tapi, baju nikah kita tue bukan abang yang pilih. Mak ayang yang pilih. Dia kata ayang suka warna oren."

"ha? Ye ke?memang cantik baju tadi...oren lembut."

"sayang...abang tau sayang pernah kecewa...kita mulakan hidup baru bersama. Kita kenal hati budi masing2. kita bercinta. Biarlah percintaan kita di redhai. Sebab tue, abang nak kita nikah cepat2. biar kite cepat bercinta."

Sempat lagi suami ku berseloroh...hmm...bahagianya aku rase sekarang nie...kurang sikit gemuruh aku...suamiku memang seorang yang bijak memainkan peranan.

"sayang..."

"hmm..."

"abang nak, rahim inilah yang melahirkan generasi kita yang soleh dan beriman. Yang menjadi harta kita di dunia. Dan bekalan kita di akhirat. "

Kata suamiku sambil memnyentuh lembut perut ku...
Sejuk hatiku kala ini...

"abang, sayang harap abang terima sayang seadanya...sungguh, sayang cintakan abang. Terlalu cinta..."

Malam berlalu bersama kisah cinta ku yang tak berbelah bagi buat suamiku. Aku serahkan segala2 yang aku miliki umtuk seorang lelaki bernama suami.

*********
Asyik sungguh aku melihat ombak yang memukul pantai...damainya suasana ketika ini.
Masya Allah...
Indah sungguh ciptaan Mu....

"sayang...penat abang cari. Kat sni rupanya dia mengelamun."

"maaf abang...tadi abang tengah tidur,saya malas nak kejutkan abang"
Serba salah pulak bila suami aku mengeluh kerana tinggalkan dia. Sungguh! Aku tak bermaksud nak keluar tanpa kebenaran suami ku.

"abang...sayang minta maaf. Sayang tak ada niat nak keluar tanpa kebenaran abang"

"tak ada lah. Abang terkejut, bila sedar ayang tak ada kat sebelah abang. Takut gak kalo ada orang culik si can tik ni. Merana abang."
Suamiku tersenyum nakal..

"sapae plak yang nak culik saya..."

"abang...."

"terima kasih sebab memilih ayang...saya tak sangka dapat kahwen dengan lelaki idaman..."

"lelaki idaman?kata tak pernah kenal abang sebelum ni?

"bang la lelaki idaman saya...lelaki yang saya idam2 kan dalam setiap doa saya. Lelaki yang dapat mendamaikan hati saya tika keresahan. Imam saya dalam setiap solat.."

"hmmm...apa2 pon, abang bertuah kerana memiliki ayang. Ayang dengar ni..."
Suami ku mengarahkan aku supaya bertentang mata dengan nya.

"abang mencintai sayang kerana Allah. Kita bina keluarga dengan nilai2 islam. Kalau boleh, abang nak sayang resign. Gaji abang cukup untuk menampung hidup kita."

Berat nya permintaan suami ku.
’isteri yang solehah ialah isteri yang sentiasa menuruti permintaan suami nya selagi tak bercanggah dengan ajaran islam.’

"kalau itu yang abang nak, saya akur."
Lambat2 ak jawab...

"alhamdulillah. Terima kasih...abang nak, sayang sendiri yang menjaga dan mengasuh anak2 kita nanti. Abang tak nak orang lain yang mengasuh anak2 kita. Abang nak mereka sentiasa dekat dengan kita. Bukan orang lain yang tiada hubungan. Abang tak nak makan makanan yang dimasak orang lain. Abang hanya nak makan makanan air tangan ayang...sebab tu abang nak sayang berhenti kerja."

Owh...sebab tu ke...bagus gak. Hehe...tak la penat sangat nak uruskan rumah tangga...kerja...

Kami bersama2 menikmati keindahan pantai kala itu. Aku yang memilih untuk berbulan madu kat pulau tioman. Sebab aku nak tengok laut. Suami aku hanya menuruti. Dia pun suke tengok keindahan pantai.

Semoga perkahwinan kami akan berkekalan selama2 nya....
***********

Sesungguhnya...janji Allah itu benar...
Dia melarang kapel kerana syaitan itu sentiasa berusaha untuk menyesatkan manusia...
Bila 2 orang laki dan perempuan berdua2 an(dating) orang ketiga adakah syaitan.
Bile berlakunya akad nikah, maka menangislah syaitan2 kerana gagal untuk mnyesatkan sepasang manusia.
Ingatlah...percintaan yang diredhai Allah adalah percintaan dalam perkahwinan.
Kapel itu merupakan cabang2 zina.
Kita tak sedar, zina tue berlaku.
Dalam firman Allah...dan janganlah engkau menghampiri zina.....
Insaflah semua... jodoh setiap insan itu dah ditentukan...kite harus mencarinya...tapi mestilah berlandaskan tuntutan syara’...
Penzinaan berlaku kerana percintaan yang tak diredhai.
Zina mata...bila bertentangan mata between boy n gurl...
Zina tangan...bila boy n gurl bukan muhrim bersentuhan...
Zian telinga...bila mendengar suara manja sang kekasih yang menaikkan nafsu syahwat...
Zina kaki...bila kaki berjalan untuk g jumpe awek tok dating...
Segala2 nya tentang kapel adalh zina...
Oleh itu...jauhilah kapel....kapel adalah punca utama terjebaknya zina...
Takuti lah murka Allah....
Wallahu ’alam...
Sebagai peringatan bersama....

Friday, October 24, 2008

Jamuan Berbuka Puasa di rumah Shahrul

sume tadah tangan, aiman nak baca doa buka pose

agih-agihkan lauk kepada kawan2...


solat maghrib, isyak n terawih berjemaah

bergambar je kami nie...


laporan pasal buka puasa ni lewat nak di laporkan disebabkan diri ini sangat sibuk dengan persediaan untuk pembentangan thesis. Alhamdulillah semua berjalan lancar dan hampir mencapai objektif yang disasarkan.

ok, ni pasal majlis berbuka puasa di rumah shahrul. dah lepas dah bulan ramadhan tapi aku tetap nak post kan pasal aktiviti ktorg ni. aku tak ingat dah bila tarikh berbuka puasa ni. kami masak sendiri untuk jamuan ni, aku, fatem, khai n fifi masak tomyam.. nyum2. syikin n the geng masak sayur khailan ikan masin serta sambal tumis ikan bilis n tempe. shahrul masak nasi n wedges. aku ingt die buat sendiri kentang tu, mmg nk solute la... rupe2 nye beli yg dah siap pastu goreng je.. hampeh tu, huhuhu. tp ape2 pun mmg puji r shahrul ni coz rajin sgt... ni la contoh lelaki yang dpt menolong istri nnt, kih2. ni shahrul kene blanje coz aku dah puji ko nie...

pas buka pose, ktorg solat maghrib n isyak berjemaah n sempat juga buat solat terawih yang diimamkan oleh Aiman... ade gaya gak jadi suami soleh nie, hehehe.... aiman ko pun kene blanje aku coz aku promote ko nie... mmm, sepanjang sesi berlangsung, xhabis2 lensa kamera kamil, DSLR 400D merakamkan setiap detik2 yang manis utk menjadi kenangan bersama. he is a good photographer n nnt leh la jd mahir mcm our Mr MyMoon... dah sem 7 ni baru ktorg rasa akrab sgt. smg segala kenangan ini menjadi ingtn yang abadi utk korg.

aku rindu setiap detik yang kita lalui bersama n semoga Allah merahmati persahabatab yg t'jalin. harapan aku agar persahabatan ni bkn hanya di UPSI sahaja, smg p'sahabatan yg kekal dunia akhirat, insyallah...

kami yang sporting

KEA UPSI 2008 selesai...


barisan-barisan urusetia yg sangat sporting
n our consultant in the middle sitting on da chair
(diapit oleh 4 jelitawan UPSI)


Alhamdulillah dgn izin Allah yang maha kuasa, selesai sudah program yang julung2 kali diadakan bagi program astronomi ini iaitu "Konvensyen dan Expo Astronomi UPSI 2008". Program ini telah berlangsung selama 2 hari iaitu 11 dan 12 Oktober dan bertempat di Auditorium Utama UPSI. Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti ceramah-ceramah astronomi dan falak, pameran-pameran yang mantap dari 12 / 13 agensi jemputan, pertandingan mewarna, roket air dan astrorace, bengkel cerapan bintang serta bengkel roket air, aktiviti cerapan malam dan banyak lagi. Sedih sangat tak dapat pegi program cerapan malam krn keadaan diri tidak mengizinkan. Walau bagaimanapun, yang penting adalah pengalaman yang diperolehi oleh setiap urusetia yang mengambil bahagian dalam program ini.

Oleh itu saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada pihak fakulti FST terutamanya, dekan FST, AJK2 tertinggi program ini, para pensyarah yang terlibat secara langsung dan secara tidak langsung, pihak-pihak yang sanggup membantu dan tidak muak melihat muka kami, adik-adik AJK tetinggi Kelab Astronomi 2008/2009 serta rakan-rakan yang lain kerana sanggup memberi sumbangan berupa tenaga, masa dan juga wang ringgit yang tidak ternilai harganya. Insyallah segala jasa yang dihulurkan akan mendapat keredhaan Allah. Tidak dilupakan juga pada wakil dari Falak Online, our consultant, bro Muzamir coz byk tlg ktorg. Mayb we will meet for another event, insyallah. Begitu juga pada wakil INSTUN, En Mahruzaman dan En Rahim serta wakil dari Jabatan Mufti Perak, Ust Din and Ust Faisal. Jasa anda semua dikenang.

p/s : Nanti jangan serik lagi tau buat aktiviti kat UPSI. Kami mohon maaf di atas segala salah silap dan kesulitan yang berlaku sepanjang berlangsungnya program ini. Segala kekurangan itu adalah dari kami hamba Allah dan segala kebaikan dan kelebihan itu adalah dari pencipta kami, Allah S.W.T.

Tuesday, October 7, 2008

Khusus untuk para guru

Sesiape yang terasa dia bakal menjadi seorg guru,
sila layari laman web ini...

The Teddy Stallard Story - The Make A Difference
http://www.makeadifferencemovie.com/

Blue Ribbon Story - Who I Am Makes A Difference
http://www.blueribbonmovie.com/

A Special Note from Mary Robinson Reynolds: When I showed these two movies to an audience of 500 junior high and high school students, the groans, coos, ooos and ahhs were palpable. When I asked for their insights afterwards, they said that the movies: 1) made them realize that no one can ever really know what goes on in someone else's house, and 2) in the words of the many: "We really can make a difference." I choked back my own tears. I had no idea how deeply they would experience these two movies. What a great time to have each person give the person next them a "I Make A Difference" bracelets - saying "You Really Do Make A Difference and here's to your Best School Year Ever!"


For further information, please visit this website :
http://www.makeadifference.com/TYG/DVMM.php

Atau bagi memudahkan anda semua, hanya click pada Interesting Site To Visit. thank you

Saturday, October 4, 2008

One Step At A Time : Jordin Sparks

Hurry up and wait
So close, but so far away
Everything that you've always dreamed of
Close enough for you to taste
But you just can't touch

You wanna show the world, but no one knows your name yet
Wonder when and where and how you're gonna make it
You know you can if you get the chance
In your face as the door keeps slamming
Now you're feeling more and more frustrated
And you're getting all kind of impatient waiting

[Chorus:]
We live and we learn to take
One step at a time
There's no need to rush
It's like learning to fly
Or falling in love
It's gonna happen and it's
Supposed to happen that we
Find the reasons why
One step at a time

You believe and you doubt
You're confused, you got it all figured out
Everything that you always wished for
Could be yours, should be yours, would be yours
If they only knew

You wanna show the world, but no one knows your name yet
Wonder when and where and how you're gonna make it
You know you can if you get the chance
In your face as the door keeps slamming
Now you're feeling more and more frustrated
And you're getting all kind of impatient waiting

[Chorus]

When you can't wait any longer
But there's no end in sight
when you need to find the strength
It's the faith that makes you stronger
The only way you get there
Is one step at a time

[Chorus x2]



hope u all enjoy it !!!

Friday, October 3, 2008

Raya 2008

1 syawal b'samaan dgn 1 oktober 2008..
thn nie ktorg beraya di pahang dulu. seronok raya kali ni sbb raya kt umah baru makcu, hehe. raya thn nie masih lagi meriah mcm thn sblm2 nie walaupun disambut scr sederhana. yg penting nk jmp sume saudara mara. duit raya pun xpenting coz ktorg sume dah bsr..

mcm biase, ktorg yg umo lbh kurang je nie akan m'hangatkan rumah tu. ketawa mmg xkan b'henti. pecah perut rsnye. biasela, pelawak2 antrbangsa ade, hehe. antaranya adik saiful, mimi, kak ma, de, aku, kakak aku, adik aku, azrul, abg zuan, along diana, angah. ktorg mmg rapat gile, so sume story leh kongsi.

ktorg ade gak story pasal mase dpn.. sbb insyallah cucu2 tok joie nie bakal arkitek leh tlg wat umah, akauntant leh kasi duit tuk wat loan, bisnesswoman, food engineer, nurse kalu ktorg sakit, mekanikal ade, doktor insyallah n mcm2 lg la tp cikgu yg paling penting la coz tnp cikgu sume xjd..hehehe. tp walau pe pun, smg cita2 kami t'capai.. amin.

ha, tidak dilupakan juga, 1st raya tu besday ayah aku.. HAPPY BESDAY AYAH. yg ke 54 thn.. huhu dah over 50 dah.. mcm mane nie, ayah xde cucu lg.. xpe2, tunggu along la ek, xlame lg dah tu.. insyallah. anyway smg ayah pnjg umo, murah rzki, sihat selalu n jgn lupe amal ibadah pd Allah. smg Allah p'mudahkan urusan ayah dunia n akhirat.. LUV U DAD... mmmuuuuaaahhh

pasangan yg suke b'gaduh, hahaha. aku asyik kene jentik je ngan saiful, ape kesss.. sakit weiii

aku n mimi, sepupu paling spoting...

besday boy, sweet 54..ahak3, ayah yg ckp...

ini lah barisan keluarga belah umi tp xsemua yg ade. ade 4 family je campur family pakcu kahar

hot hot manje... hehehe. antara gurl yg paling hot la..

me wif my sis.. luv u..

ha, ni la sume sepupu yg paling happening. ade lg cucu tok joie tp nie yg paling hot la. tp ade nenek, pak cik n umi kt belakang tu...