Friday, November 14, 2008

Mengapa WANITA sangat Istimewa……


Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata. “..i letih la..dah lewat ni, i nak tido lah….” Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas…leceh pulak nanti..dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink..rendam lepas makan tadi..basuh jap… susun pinggan kat rak, lap dapur..terpercik kena sambal masa masak tadi…check air panas dalam flusk..takut habis pulak nanti malam anak nak susu…memang dah kering pun flusk ni, jerang la air…

sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong….salin la gula…check bubur untuk anak nak hantar ke taska esok..nasib baik ade lagi…ishh…ni lauk bila ni, semalam…dah beku dah…basuh la kejap….pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh…penat dah ni, besok je la basuh…sidai kaian lap je lah… tik…bunyi air dah masak…salin air dalam flusk…ok settle… baru teringat tak semayang lagi…on da way nak g bilik, papa tgk tv lagi…nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska…check…baju 2 pasang, towel…towel kecik utk selsama…calamine lotion untuk sapu ruam…pampers 4 keping….alamak..telupa pulak masukkan botol…basuh botol jap…ok settle...

ternampak pulak beg g keje…emm..besok nak pakai beg polo coklat lah, asik2 pakai beg hitam ni je…salin jap barang2 g beg coklat…cek sume 6 poket beg, takut la tetinggal apa2..leceh pulak..selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti…hishhh sempit la beg ni…hangin je…nak kena beli ni beg baru…rasenya 25 hb ni Sogo sale nih…mana flyers tadi ek…ha ni die..ok, catit jap kat yellow sticker, nanti lupa..ok settle… Tetiba dengar suara papa…”..u buat apa lagi tu..tadi kata nak tido..”….” ..yelah nak tido la ni..nak smayang jap…” masuk toilet..buat apa2 yang patut…cuci muka dulu..2 jenis lak tu… adoi..gosok gigi…smayang…pakai toner…pakai treatment cream…nak lawa and maintain punya pasal lah ni… nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak…huhuhuhu…

bukak almari…emmm…pakai baju hijau ni lah besok…gosok kejap..check baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni…kat bilik belakang… la, napa komputer ni tak tutup ni..gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut dah.. ishhh …g dapur, basuh, sambung gosok baju…gantung elok2…kemaskan baju gantung2… masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor…ok settle..

dgr suara papa lagi…”..i dah ngantuk ni..”..dalam pada nak masuk ke bilik…owh…pokok aku dah nak mati ni ha..lupa dah 3 hari tak siram…ok, siram jap…check jap pintu ni…sah tak kunci lagi…grill pun tak tutup.. ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk rompak umah aku…bukak lampu luar.. ni mainan ni sepah2…masukkan la dalam bakul mainan budak ni…banyak nya…sampai bawah meja makan pun ade…adoi….ok dah …

ok dah boleh baring…adoi sakitnya pinggang…cium si comel ni kejap… selimutkan die…la..napa basah ni…emm, tukar la pempers ni…tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la…nanti g Sogo 25 hb ni beli la skali…ok sayang tido k…kalau boleh jangan la bangun tgh malam ni eh..tido sampai pagi k…gud nite..sweet dreams… aaahh…sedapnya dapat baring…mana pulak lotion sapu kurus aku nih…ha, ni dia…sambil sapu lotion kurus,,,setkan alarm…setkan program kerja besok…pg kul 9.30 ade meeting.. ahh…boring…panas pulak lotion nih..dah la…emm..sedapnya lelapkan mata…Ya Allah…terima kasih untuk rezekiMU hari ini,…mohon keberkatan dari mu tuhan…

papa pun bangun tutup tv…”…i dah ngantuk sangat ni…nak tido lah…citer pun tak best malam ni, bola pun takde…”…selang seminit …dengar suara papa berkeruh…dah agak dah….

So?….apa yang peliknya..??

Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama?…SEBAB ADE BANYAK KERJA NAK KENA BUAT….tu yang tak boleh nak mati cepat tu… hehehe

Hantarkan ke 5 WANITA yang anda rasa hebat…pasti anda disayangi kerana memahami mereka…well, women understand women better… foward jugak kat lelaki-lelaki so mereka akan hargai emak, isteri, dan kawan 2 dengan lebih baik lagi… Tak kira la wanita berkerjaya atau surirumah…setiap wanita adalah istimewa dengan cara mereka sendiri… Kalau lelaki mengakui kebenaran ini….hormat dah hargailah mereka…untuk keperibadian dan kebolehan mereka untuk berdikari…

Tuesday, November 4, 2008

Bertemu kawan lama...

fizah n suzanna..


18/10/2008...
aku b'jumpa akhirnya dengan sorg teman lama ku.. suzanna. kami kenal dari darjah 1-6. sekolah jalan selangor 2 (SJS 2).. sekolah perempuan je.. jadi ktorg ni rapat la.. main2 b'sama.. Allah nak juga bagi kami b'jumpa & Alhamdulillah rezeki nak b'jmp tu pd kenduri kawin kakak die.. kebetulan kakak anna ni kwn kpd akak aku.. so kakak n kakak, adik n adik.. hehehe.. ni baru 1st meet la after almost 10 years ktorg dawa haluan masing2.. tp dpt jmp anna sorg je, kwn2 yg lain xde rzki lg nk jmp.. fizah S, atie, razanna, azmina dah jmp mase matrik, nasibah, fatin da blushing gurll, banu, citra, ester cheah a.k.a mei lan yg skang dah jadi pemain bowling malaysia we always support u mei lan..lagi mei ken, jamie, sri yg dulu main tenis tp skang dah menyepi..sape lg ek.. aku dah lupe coz ramai sgt teman2 sepermainan dulu.. pahit manis b'sama n byk kenangan.. dulu si anna ni kecik je dari aku, tup2 tgk skang dah nak same tinggi dah.. aku yg makin pendek ker?? mm, pelik tull... ketinggian aku maknanya tidak b'tambah dgn pesatnye, hehehe... ni xjmp kengkwn yg lain lg... entah2 sume dah comel2 n tinggi2.. ooo, korg nak lawan aku ek.. merebut kejuaraan yg aku sandang selama 6 thn b'sekolah di SJS 2 tu... aku harap ane day dpt gak jmp diorg nnt.. miss them so much.. sesape bdk2 SJS 2 yg lalu kt blog aku nie... JOM WAT REUNION!! hehehe.. sbb dah ade yg nak kawin dah nie.. kita celebrate segala kejayaan yg tlh kita kecapi selama ini...

Sunday, November 2, 2008

Lelaki dan Wanita.. apa bezanya?

Lelaki...
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN ??!

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??!

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri oleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung. Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

Wanita...
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki. Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya?? Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita? Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja: sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH...sayangnya ALLAH pada wanita ....
" Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah yang percaya pada Allah dan RasulNya. Kalau ada mereka pada suatu pekerjaan bersama-sama tidaklah mereka pergi saja (meninggalkan majlis) sebelum meminta izin kepadanya. (An-Nur:62) Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "

Please read this..

Assalamualaikum...

tolonglah ambil masa 2 minit untuk membaca ini....
kalau lebih dua minit tu bukan membaca la tu..tapi mengeja.. ;-)


Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...

Bayangkan benda ini berlaku pada anda.....

Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah... tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun... lalu salah seorang lelaki tu bertempik "

"Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu"

Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri.... daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Iman tu...

Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata:

"Ok Pak Iman, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Iman mulakan sembahyang Jumaat"....

Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah....

Macammana.. adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas. selain terhibur anda fikirlahlah...

" Lawak kan, dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 20 yg betul-betul beriman... "

" Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya... kedua lelaki hanya membawa mesin-gun.. dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat lemah.. baru kena ugut terus lari lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi..."

"Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja.. tu pun bila time sembahyang jumaat.. tunjuk muka kat org kampung.. ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya..."

"Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al Quran"

"Lawak kan, berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia"


"Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAH alahai.. tak cukup masa..


Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau email yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel2 yang berunsur agama

Lawak kan???/

NASI LEMAK KG BARU - PENGAJARAN UNTUK SEMUA .........

Email ini dikirimkan oleh seorang hamba Allah & saksi kejadian .....


Mengisahkan berkenaan seorang peniaga Nasi Lemak di Kampong Baru, kedai makannya sungguh laku dan pelanggan setiap hari memenuhi kedainya untuk mendapatkan nasi lemak setiap hari. Menurut beliau, resepi sambal keluarga turun-temurun merupakan strategi utama menyebabkan nasi lemak beliau laris. Tanpa pengetahuan orang ramai, rupa-rupanya "resepi rahsia" yang dimaksudkan itu ialah bangkai ular yang digunakan sebagai pelaris untuk menyedapkan nasi lemak beliau. Bangkai ular berkenaan diwapkan didalam periuk nasi lemaknya menggantikan daun pandan. Setelah lama mengaut keuntungan hasil menipu orang ramai, Kak Kiah (nama betulnya perlu dirahsiakan) bercadang untuk menunaikan umrah di Mekah menggunakan hasil perniagaan beliau. Pada malam sebelum beliau bertolak ke Jeddah, anak sulongnya menyatakan bahawa ibunya meraung-raung kepanasan walhal malam itu hujan renyai-renyai diluar. Setelah tidak tahu untuk berbuat apa-apa, maka beliau memanggil orang kampung termasuklah saya (penulis) ke rumah untuk membantu. Kalau nak diikutkan pengalaman saya, hanyalah sedikit sahaja dalam ilmu perubatan ini. Saya sampai kira-kira jam 10.30 malam, ketika itu hujan renyai masih belum berhenti di sambut pula dengan raungan Kak Kiah yang semakin kuat.Saya selawat tiga kali sebelum melangkah masuk ke rumah 2 tingkat Lorong Raja Muda itu dan memberi salam. Jiran-jiran sudah ramai menunggu didalam. Kak Kiah berada ditengah dengan 6 orang lelaki memegang tangan dan kaki beliau. Saya mengambil tempat dikepalanya dan melihat badannya berpeluh-peluh manakala kulitnya seperti hendak menggelupas. Saya meminta air masak, sebiji telur, santan kelapa dan ikan bilis daripada anak lelakinya. Ianya tidak menjadi masalah kerana merupakan bahan yang digunakan seharian. Saya gelekkan telur pada permukaan dahinya, raungan Kak Kiah semakin kuat dan nyatanya beliau sungguh marah sungguh terkejut saya apabila beliau menjelirkan lidahnya lalu terkeluar lidah yang bercabang seperti ular. Tanpa membuang masa saya menaburkan ikan bilis ke atas badannya lalu dicurahkan dengan air masak, rontaan Kak Kiah semakin kuat, kulitnya mengelupas dan bersisik lagi busuk. Lalu saya minta anak lelakinya mencurahkan santan ke badannya, Kak Kiah menjerit kuat dan meronta-ronta. Pada ketika itu seluruh badannya mengeluarkan asap, begitu juga daripada bawah tilamnya. Bau yang busuk tadi telah berganti bau wangi umpama lemak yang datang daripada bawah tilam. Saya arahkan jiran-jiran mengangkat tilam berkenaan. Alangkah terkejutnya saya apabila mendapati dibawah tilam beliau, penuh dengan ............ ......... ... ........ Nasi Lemak Heh...Heh... Heh...Jangan mare ...... Dah! Cerita ni tipu jer ..........Pergi buat keje tu haa ...apo ... nak makan gaji buto ko ?????


*p/s : Janganlah mare! Haku pun terkene daaaaa ..... "Haram betul! bukan main srius aku baca cerita ni, hampeh!!"<