Wednesday, December 17, 2008

Program Jejak Meteor Geminids di Pantai Kelanang

pada 13hb Dis 2008..

aku, along n anak sepupu aku telah mengikuti satu program yg dianjurkan oleh Falak Online iaitu Program Jejak Meteor Geminids di Pantai Kelanang, Banting Selangor. aku satu2nya wakil dari UPSI ini ingin sangat mengikuti program ini. sayangnya rakan2 ku yg lain tidak dpt mengikuti program ini sebab mereka sudah pulang ke kmpg dan tempt program ini jauh dr rumah mereka. walau bagaimana pun, aku tetap gagahkan diri utk mengikuti program ini sbb aku nk tgk meteor n berkenalan dgn ahli2 Falak Online yg lain.

kami berkumpul di Masjid At-Taqwa, Banting. selepas solat asar di masjid tersebut, kami bertolak ke Pantai Kelanang. bersama-sama dengan kami adalah wakil dari Jabatan Mufti Perak (Ust Din n En Nordin), Falak Online (Abg Amir n Abg Asrol), ANGKASA (Farah), Planetarium (Redzuan), dari UPM (Izah n da geng). setelah tiba di port utk cerapan, kami bebas utk buat apa2 aktiviti ptg itu. aku, along n anak sepupu aku mencari kedai utk makan sbb kami lapar, huhu.. kemudian abg Amir n da geng menyusul makan digerai yg sama. masa ni la pengasas Falak Online, En Shahrin sampai..

setelah itu, anak sepupu aku nak mandi pantai.. mm, bdk2 biasa la.. selesai mandi pantai kami terus solat magrib di surau berdekatan dgn pantai itu juga. ada di antara geng2 yg bersama kami mandi di tandas awam. kami juga masih menunggu wakil dari UIA, En Aziz, Astromas n da geng dan juga sebuah bas terdiri daripada peserta yg mengikuti program ini.

dalam pukul 10 malam kami berkumpul semula di port yang telah dijanjikan.. ketika inilah geng2 yg dinantikan sampai juga akhirnya. kawasan yg tadinya suram kini semakin kecoh apabila pengunjungnya semakin ramai. sebelum itu terdapat sedikit sesi suai kenal di antara ahli2 yg dtg. pd hari ini lah aku kenal sapa tu sunlay, redzuan, me_ai dan ramai lg. cuaca kurang mengizinkan tetapi apabila malam semakin larut barulah langit menjadi semakin garang dan bintang2 mula menunjukkan diri. walaubagaimana pun, langit tidaklah segelap yg disangkakan krn bulan penuh memancarkan cahayanya. bazooka en shah dapat merakamkan objek yg terdapat di langit pd malam itu..

kami yg menantikan kemunculan meteor mula membentangkan tikar kami dan landing di atasnya melihat langit. yang ada DSLR apa lagi, shot gmbr2 langit yg best pd mlm tu. tp aku hanya ditemani sms wif someone je.. along tidak dpt menahan mengantuknya telah masuk tidur dan kemudian disusuli oleh anak sepupu aku. tp xpe, mlm tu abg amir tunjuk kt aku tentang buruj orion dan juga orion. 1st time aku dpt tgk orion walaupun menggunakan binokular shj. tp aku sgt berpuas ati sbb dpt tgk orion.. bila dah landing nk tgk orion, mata makin berat.. alih2 aku takut t'tidur je.. aku just dgr je geng2 fana UIA ni borak pasal life diorg, mmg AMERIKA!! hehehe, ktorg je yg faham.. tp sblm tu aku ade gak borak ngan Astromas.. 1st time dpt jmp dpn2 ngan astromas. aku sgt kagum ngan die sbb die mempunyai pengetahuan yg sgt mendalam dlm astronomi. he actually is a low profile punye bdk.. mcm xcaya je, hehehe. anyway nice to meet u..

pastu bila dah xjmp meteor yg ktorg tunggu2, menjelang hampir pukul 1 langit sudah semakin gelap, gelap segelap gelapnye.. kami pun mengambil langkah utk pulang. tp sblm tu ktorg TT dulu. ms ni la aku dgr byk sgt diorg borakkan. sambil tu kami cit chat pasal Road to Eclipse 2009 di HANGZHOU China. bayaran dlm rm2990 termasuk visa, penginapan, mkn minum dan byk lg. aktiviti ni bakal b'langsung selama 5hr 4 mlm start 20-24 julai 2009. em, nmpknye xde rzki la aku nk g. mane nk dpt duit byk tu..huhu. tp kalu program kt Teluk Kemang, 26 Jan 2009 insyallah aku g. xpe, bersabar la.. mungkin ade peluang utk tgk pd masa akan dtg bila dah ade duit nnt. blh g honeymoon skali, hehehe.

selesai TT, kami akan bergambar seperti biasa b'sama dgn banner Falak Online.. sejurus slps itu kami b'salam2an dan b'maaf2an. terima kasih byk2 diucapkan kpd en shah n abg amir. smg aktiviti mcm ni akan diadakan lg pd masa akan dtg n insyallah bila sy kelapangan sy akan pergi.

ni ada sikit gambar yg dpt dikongsi bersama dgn anda semua.

suasana Pantai Kelanang apabila matahari terbenam

me in front da sunset..

anak sepupu yg nakal tp baik hati n turut perintah aku, hahaha

along n abg de..
me n abg de

langit pd malam tu.. photo by redzuan

semua ahli Falak Online yg turut serta dalam menjayakan program ini.. photo by redzuan

Bancian di Perkampungan Org Asli Mandrop, Jerdip dan Jelga : Gua Musang, Kelantan

pada 28, 29 dan 30 Nov 2008...

28 hb.. 7.00 ptg
Aku, Pieja n Kamil, peserta dari UPSI akan menyertai program bancian di perkampungan org asli di Gua Musang, Kelantan. aku n kamil dah pernah mengikuti program ni bersama dengan En Aziz dan General pada cuti pertengahan semesta lepas.. pada kali ini, aktiviti ini lebih rancak dan INSTUN juga turut serta. wakil dari INSTUN ialah En Mahruz, Abg Mat dan juga Abg Radi.. kami geng UPSI menumpang En Aziz dan bertemu dengan INSTUN di Simpang Pulai.. Kami semua menaiki kenderaan pacuan 4 roda.. setibanya di Simpang Pulai, kami mengisi perut yang lapar sambil berborak dengan orang2 INSTUN.. mereka semua happening. sebelum bertolak ada pula masalah yang berlaku, kereta En Aziz mengalami masalah utk dihidupkan. jadi kene buat jumper dari kenderaan INSTUN.. tp alhamdulillah semuanya berjalan lancar.. kami meneruskan perjalanan ke Pos Brooke, Gua Musang. perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam. perjalanan menjadi sukar apabila hujan renyai2 dan kawasan berbukit itu dilitupi awan.. almaklumlah kami melewati kawasan Cameron Highland.. em sejuk sangat.. apabila kami sampai di tempat perjumpaan kami di Pos Brooke, tiada langsung wakil dari kumpulan lain.. jadi kami terpaksa mencari ke Mandrop dan Handrop, takut jika mereka menunggu di sana.. namun pencarian kami sia2 sahaja.. kami pulang semula ke markas dan berehat.. sungguh dingin dan keadaan yg gelap gelita menyukarkan kami menguruskan diri.. aku n pieja diberikan sebuah bilik dan yang lelaki menjadi pengawal diluar..hehehe.. mereka tidur di ruang tamu..

29hb..
kami bangun untuk solat subuh.. menggigil masing2 kerana kesejukan telah menggigit tulang-belulang kami, huhuhu. aku n pieja plan nak tido pas subuh sbb kami mengantuk sgt.. tp yg geng2 lelaki nie sume nak ke sungai.. diorg sempat mandi tp aku n pieja xsmpt pun mandi.. tp cuaca yg sejuk tidak akan menyebabkan bdn kami berpeluh.. sampai di sungai, airnya keruh sgt.. xdpt nk rendam2 kaki ke.. tp mmg deras air die. jd kami hanya bergambar sahaja..

aku di sungai Brooke

pulang dr sungai, sudah ramai wakil2 yg sampai.. ada yg dr Kolej Medical Perak dan UIA. semua berkumpul di rumah penginapan kami. pada pagi itu kami ada taklimat mengenai bancian itu. kami akan diagihkan ke dalam beberapa kumpulan kecil. aku dan abg radi ditugaskan utk ke kampung Jerdip. mula2 segan jugak ngan abg radi sbb xkenal die lg, tp die ok je.. xpemalu pun.. kamil dan pieja mula2 ditugaskan ke Tuel ttp disebabkan terdapatnya tanah runtuh di sana, jadi mereka ke Jelga.. aku ingt sempat nk mandi tp xsmpt jugak. jd pegi dgn xmandi tu la..huhuhu. xkisah pun sbb xberpeluh.. still wangi as usual..kuikuikui.. mm, sebelum b'tolak kami makan sarapan dulu pastu ada demonstration launching roket. pastu semua bertolak ke perkampungan yg ditetapkan..

kami di pecahkan kepada kumpulan2 kecil utk bancian

sampai di Jerdip.. ahli kami ditambah sorg, adik shahir.. mula2 kami xreti nak buat mcm mana bancian ni tp dgn kepakaran abg radi berckp, kerja menjd senang.. aku seperti biasa dgn tugasku sbg setiausaha. org xsuruh pun aku nk tulis gak.. al maklumla aku sorg je pompuan.. penat jugak tp best sbb ni pengalaman pertama buat bancian.. selesai Jerdip Dalam kami pulang dulu ke markas utk makan dan rehat.. masa nie la aku ternampak Sani.. kamil n pieja cakap sani asyik tanya je pasal aku kat Jelga.. hehehe. almaklum la b4 ni aku dah pernah jmp sani.. tak sempat borak2 sgt ngan sani coz tugas kami belum selesai. lepas tu dlm pukul 3 kami bertolak semula ke Jerdip Dalam, angkut bersama tok batin utk ke Jerdip Luar. kami meneruskan bancian di Jerdip Luar pula..

ptg tu semua kepenatan.. aku cepat2 masuk nak mandi sbb satu hr xmandi, huhu.. sedap betul air die, sejuk... malam tu xtvt kami bebas.. kami update semula data yg kami perolehi dan berbincg apa yg masih belum settle. masing2 kepenatan.. yg perempuan ada yg dah tertido. aku, kamil n pieja bersama2 dgn en aziz melihat gambar2 yg ada di laptop en aziz. maklumlah en aziz ni teror dlm photographer.. lepas minum malam kami borak2 sekejap n pastu masing2 tidur.. mlm ni kami tidur ramai sikit, ain, shida, asma n liza pun ade skali..

30hb..
kami bangun solat subuh seperti biasa. selepas solat subuh aku tak sambung tidur balik.. lepak2 dgn en aziz, en mahruz dan abg mat. kami buat roket utk di launch di Jerdip.. aku sempat wat separuh je sebab lepas tu en mahruz sambung sebab kami budak2 pompuan beserta dgn abg radi, kamil dan en aziz ada program lain, iaitu kami plan nak mandi di kolam air panas berdepan dgn kampun Handrop.. sampai di sana harapan kami musnah sbb kolam air panas yg kami lihat tidak seperti di bayangkan. baunya juga tidak enak seperti bau telur.. suhunya mungkin menjangkau 80 darjah celcius ke atas sebab boleh masak telur rebus dah.. tempat itu perlu di tambah baik sekiranya ingin menjadi tarikan pengunjung. jadi kami hanya bermain air sahaja dan bergambar sudah pasti..

di Kolam Air Panas..

balik ke markas kami bersiap2.. masing2 mandi, sarapan pagi dan mengemas semua barang2. selepas ini kami akan terus ke Jerdip untuk buat roket launching seterusnya bertolak pulang. memang superb la roket launching yang aku tgk nie.. mmg naik tinggi betul, ktorg xpakai pam, ktorg pakai compressor.. setelah itu kami bermaaf-maafan sesama rakan2 yg turut sama dalam program bancian nie.. tak tahu bila lagi akan berjumpa. semoga perkenalan yg terbina walaupun seketika ini akan dirahmati Allah.

launching roket yg mmg superb la di Jerdip

barisan lelaki yg menyertai program bancian ini n en mahruz pun tergolong dikalangan anak2 muda ini, wah makin muda la en mahruz, hehehe..

barisan pompuan yg mmg malatop, hehehe

wah, teror la adik tu lompat.. lompat la pieja..

kami (en aziz, general, aku, pieja, kamil, en mahruz, abg mat n abg radi) pulang sekali. dalam perjalanan pulang tu kami singgah di tempat menjual sayur2 dan buah2 segar di Cameron Highland. general blanja kami jagung rebus utk kami makan dlm perjlnn nanti. pija pula beli buah berangan. mmg sedap la, 1st time makan.. aku yg masih dalam keadaan berbraces ni kene la cubit sebutir2 utk makan jagung tu. sampai simpang pulai baru habis. dalam sejam gak la aku mkn.. huhu, lenguh tgn.. tp nk buat mcm mana.. kami ingat nak makan di simpang pulai tp kedai yg biasa kami pergi tutup. jadi abg radi ajak kami makan Nasi Ganja di Ipoh.. mm, dgr mcm scary je kan nasi tu tp lauknya ialah nasi, ayam goreng, udang sambal, kuah kari n sambal kelapa. byk sgt, kenyak aku.. aku yg alergi pd mknn laut terpaksa juga mkn sikit udang tu, selebihnya aku bg kt abg radi mintak die tlg mkn kan.. mm, penuh betul perut hari tu.. selepas tu kami bertolak pulang ke tanjung malim..

aku n abg mat INSTUN

aku n kamil

aku n abg radi INSTUN (rakan bancian)

mmg terima kasih byk2 pd en aziz yg byk bagi pengalaman padi kami, belanja kami mkn n bagi tambang free je pd kami. nnt kami dah keje, kami pulak blanje en aziz ek. nnt kalu ade lg xtvt mcm ni jgn lupe jemput ek.. insyallah kami akan memberikan sepenuh kerjasama dlm mengangkasakan masyarakat org asli ini, insyallah..

Vacation to PD and Malacca

mm, lame betul x dpt update blog.. maklum la bile dah mula cuti nie, ssh nk dpt internet..

mm, ape2 pun sy mulakan dgn program kami selepas selesai exam..

kami bercuti ke PD, Negeri Sembilan selama 2 hari..iaitu 15 dan 16 Nov 2008..

yang menyertainya adalah aiman, mukhlis, shahrul, kamil, syikin, wana, pieja, nor, fifi, fatem, ain, sai n fizah (saya).

pada hari pertama tu, kami menuju ke tempat penginapan kami, lupela ape name apartment tu tp tq so much dekat shah coz dpt 1 apartment free. lepas tu kami rehat2 dulu.. ade yang pegi beli ayam n sedikit barang2 utk BBQ malam tu, makan tghr kami dan makan utk sarapan pagi esoknye. di apartment tu, kami dapat masak sendiri.. semua kelengkapan disediakan.. tengahari tu kami makan sayur kobis dan ikan sardin.. memang sedap.. tukang masaknya tidak dpt dikenalpasti sbb sy tido waktu tu, hehehe..

dalam pukul 5 ptg kami bertolak menuju ke pantai.. aktiviti bebas jadi kami bermain bola tampar, mandi manda dan berkayak.. seronok juga 1st time berkayak nie.. banyak kenangan yang kami perolahi.. photographer kami, kamil dapat merakamkan beberapa gambar yang dapat dijadikan kenangan..

aksi saya serve bola.. ade gaya la...

selepas tu masing-masing dapat berkayak.. mula2 saya takut, tapi terima kasih di atas tunjuk ajar sifu saya, fatem..

orang berkayak, kami bergambar...

me n syikin.. scandal hangat nie, hehehe..

penat berkayak, kami bergambar beramai2.. terima kasih banyak pada abg yg tlg amik gambar nie..


pada malam tu kami BBQ di tepi pantai juga.. masa banyak terbuang utk hidupkan api dan panaskan bara.. nasib baik ayam tu kami dah rebus dulu, jadi sekejap je la masa utk dipanggang. memang terima kasih pada para pemanggang ayam n hotdog.. mmg sedap gile..

pada keesokan harinya, kami bersarapan nasi goreng.. tukang masaknye ialah fifi.. memang sedap la.. saya tlg2 apa yg patut je.. mm, lepas tu kami bergambar sekejap sebelum kami check out.. kami plan nak ke melaka hari tu. jadi kami perlu check out awal.. tujuan ke melaka adalah untuk bergambar sahaja. dah alang2 sampai negeri sembilan, terus la singgah ke melaka. dalam 2 jam di melaka, kami ingin berangkat pulang sebab destinasi seterusnya ialah umah saya..

sarapan bersama nagi goreng

ni la muka2 gadis2 yg havoc gitu!!

sesi bergambar kami belum selesai..hehehe

kami bergambar di melaka

sampai juga akhirnya korang ek kat teratak buruk kami.. tapi apa2 pun kedatangan korg disambut dgn tangan yg terbuka. banyak juadah yg disediakan oleh umi seperti asam pedas, ayam blackpaper, sup sayur dan banyak lagi.. sungguh berselera mereka makan tapi yang tak sedapnye bila tengok mukhlis makan sikit jer. katanya dah kenyang. tula, lain kali jangan makan byk2 sgt kat MCD tu, hehehe.. ape2 pun thanks ek korg. insyallah tahun2 akan dtg, kita akan singgah kat umah korg pulak..

di rumah ku..

selepas tu kami bertolak pulang ke tanjung malim. ade juga yang nak ke KL.. mm, pastu masing2 bawak haluan masing2.. diorg speed laju sgt, berpecah dah balik tu.. tapi semua dapat sampai dengan selamat.. memang seronok walaupun 2 hari je.. harap2 aktiviti mcm ni dpt dijadikan aktiviti bila kita ingin bertemu.. terima kasih kpd pengelola aktiviti.. miss u all, tak tahu bila lagi kita akan berjumpa.. selamat berpraktikum!!