Sunday, September 28, 2008

HIJAB SANG PENCINTA


sinopsis :

RASA rindu terhadap keluarga menggamit hati Saifudin merentasi Tanah Sumatera untuk pulang ke Punggor, Tanah Melayu. Namun, kejahatan seolah-olah memburunya. Setiap langkahnya dibayangi halangan yang tak berkesudahan.

Berita kepulangannya di Tanah Melayu sampai ke pengetahuan Sultan Melaka. Kemarahan baginda kerana tidak dapat mengahwini Haryani menyebabkan dia mula menjadi buruan orang istana.

Saifudin lari ke gua. Di situlah bermulanya satu lagi keajaiban. Jasadnya berpindah merentasi hijab masa untuk sampai ke abad 21. Sekali lagi Saifudin bertemu dengan Haryani dan kisah cinta yang melangkaui masa mekar semula.

Namun, kejahatan yang senantiasa mengiringi setiap injak kakinya masih mengekori. Kali ini tebakan musuh durjana mengakibatkan sengketa yang tercetus di langit berlaku lagi.


note :
aku xde rezeki lg nk g beli buku nie... teringin sangat nak baca tp nak tunggu pas hbs sem 7 nie, baru leh baca ngan tenang. HIJAB SANG PENCINTA ni adalah pelengkap kpd trilogi BAGAIKAN PUTERI. sape2 yg b'minat dgn novel hasil karya R.A.M, sila dptkan novel ini dipasaran skrg krn anda pasti tidak akan rugi.. chewah, mcm aku dah baca buku nie, hahaha... promote2. ni peminat R.A.M nie...

No comments: