Saturday, September 27, 2008

Projek KLINIK FIZIK


Assalamualaikum…. hari jumaat lepas bersamaan dgn 8 ogos 2008, kami pelajar sem 7 telah menjayakan satu program KLINIK FIZIK yang dianjurkan oleh kami sendiri dengan kerjasama pihak sekolah SMK Gedangsa… ni la nama-nama geng aku..(aima, khai, fizah, fatem, fifi, milah, huda, rina, ain, sai, fit, mas, jijah). alhamdulillah segala yang dirancang dpt berjalan dgn baik. pelbagai program yang kami buat contohnya Kerjaya & anda, Kenali kalkulator anda, Mentor-mantee, dan juga Funny Physics. sepatutnya ade program teknik menjawab soalan Fizik ttp guru pakar yang dijemput tidak dapat menghadirkan diri di atas sebab-sebab tertentu… tapi kerjasama dari pihak sekolah dan juga pelajar-pelajar amat kami hargai. tak pernah aku rasa seronok mcm ni. seblm nak balik rasa nak nangis sbb sangkaan aku terhadap bdk2 felda meleset sama sekali. mereka ni sangat baik. mereka ada minat yang sangat tinggi nak belajar. jadi kita sebagai bakal guru sepatutnya memberikan perhatian yang lebih pada mereka. cita2 yang mereka idamkan juga bukan main hebat seperti engineer, arkitek, doktor, askar, pilot, usahawan dan byk lagi. jika kita sebagai guru tidak ingin berusaha utk membangunkan anak murid kita, cita2 yang mereka idamkan akan sia2. jadi mereka ni ibarat kain putih dan kita lah yang mencorakkannya… tidak hanya pada ibu bapa yang akan mencoraknya, guru juga berperanan penting. para pelajar memberi sepenuh komitmen dalam setiap aktiviti. mereka menunjukkan rasa minat yang mendalam. mula-mula mereka mengatakan fizik tak seronok, tapi selesai aktiviti mentor-mantee, mereka mengatakan bahawa fizik itu sangat best… dimanakah silapnya??? namun banyak komen mengenai masa yang tidak mencukupi kami terima dari adik2 ni. mereka mahukan aktiviti sebegini dijalankan lagi. insyallah jika ada keizinan kami akan dtg lg. apa2 pun kami mendoakan kejayaan adik2 semua dan skor yang terbaik didalam semua mata pelajaran terutamanya FIZIK. Luv u all guys expecially Eija n Akmal….. salam


No comments: