Wednesday, December 17, 2008

Program Jejak Meteor Geminids di Pantai Kelanang

pada 13hb Dis 2008..

aku, along n anak sepupu aku telah mengikuti satu program yg dianjurkan oleh Falak Online iaitu Program Jejak Meteor Geminids di Pantai Kelanang, Banting Selangor. aku satu2nya wakil dari UPSI ini ingin sangat mengikuti program ini. sayangnya rakan2 ku yg lain tidak dpt mengikuti program ini sebab mereka sudah pulang ke kmpg dan tempt program ini jauh dr rumah mereka. walau bagaimana pun, aku tetap gagahkan diri utk mengikuti program ini sbb aku nk tgk meteor n berkenalan dgn ahli2 Falak Online yg lain.

kami berkumpul di Masjid At-Taqwa, Banting. selepas solat asar di masjid tersebut, kami bertolak ke Pantai Kelanang. bersama-sama dengan kami adalah wakil dari Jabatan Mufti Perak (Ust Din n En Nordin), Falak Online (Abg Amir n Abg Asrol), ANGKASA (Farah), Planetarium (Redzuan), dari UPM (Izah n da geng). setelah tiba di port utk cerapan, kami bebas utk buat apa2 aktiviti ptg itu. aku, along n anak sepupu aku mencari kedai utk makan sbb kami lapar, huhu.. kemudian abg Amir n da geng menyusul makan digerai yg sama. masa ni la pengasas Falak Online, En Shahrin sampai..

setelah itu, anak sepupu aku nak mandi pantai.. mm, bdk2 biasa la.. selesai mandi pantai kami terus solat magrib di surau berdekatan dgn pantai itu juga. ada di antara geng2 yg bersama kami mandi di tandas awam. kami juga masih menunggu wakil dari UIA, En Aziz, Astromas n da geng dan juga sebuah bas terdiri daripada peserta yg mengikuti program ini.

dalam pukul 10 malam kami berkumpul semula di port yang telah dijanjikan.. ketika inilah geng2 yg dinantikan sampai juga akhirnya. kawasan yg tadinya suram kini semakin kecoh apabila pengunjungnya semakin ramai. sebelum itu terdapat sedikit sesi suai kenal di antara ahli2 yg dtg. pd hari ini lah aku kenal sapa tu sunlay, redzuan, me_ai dan ramai lg. cuaca kurang mengizinkan tetapi apabila malam semakin larut barulah langit menjadi semakin garang dan bintang2 mula menunjukkan diri. walaubagaimana pun, langit tidaklah segelap yg disangkakan krn bulan penuh memancarkan cahayanya. bazooka en shah dapat merakamkan objek yg terdapat di langit pd malam itu..

kami yg menantikan kemunculan meteor mula membentangkan tikar kami dan landing di atasnya melihat langit. yang ada DSLR apa lagi, shot gmbr2 langit yg best pd mlm tu. tp aku hanya ditemani sms wif someone je.. along tidak dpt menahan mengantuknya telah masuk tidur dan kemudian disusuli oleh anak sepupu aku. tp xpe, mlm tu abg amir tunjuk kt aku tentang buruj orion dan juga orion. 1st time aku dpt tgk orion walaupun menggunakan binokular shj. tp aku sgt berpuas ati sbb dpt tgk orion.. bila dah landing nk tgk orion, mata makin berat.. alih2 aku takut t'tidur je.. aku just dgr je geng2 fana UIA ni borak pasal life diorg, mmg AMERIKA!! hehehe, ktorg je yg faham.. tp sblm tu aku ade gak borak ngan Astromas.. 1st time dpt jmp dpn2 ngan astromas. aku sgt kagum ngan die sbb die mempunyai pengetahuan yg sgt mendalam dlm astronomi. he actually is a low profile punye bdk.. mcm xcaya je, hehehe. anyway nice to meet u..

pastu bila dah xjmp meteor yg ktorg tunggu2, menjelang hampir pukul 1 langit sudah semakin gelap, gelap segelap gelapnye.. kami pun mengambil langkah utk pulang. tp sblm tu ktorg TT dulu. ms ni la aku dgr byk sgt diorg borakkan. sambil tu kami cit chat pasal Road to Eclipse 2009 di HANGZHOU China. bayaran dlm rm2990 termasuk visa, penginapan, mkn minum dan byk lg. aktiviti ni bakal b'langsung selama 5hr 4 mlm start 20-24 julai 2009. em, nmpknye xde rzki la aku nk g. mane nk dpt duit byk tu..huhu. tp kalu program kt Teluk Kemang, 26 Jan 2009 insyallah aku g. xpe, bersabar la.. mungkin ade peluang utk tgk pd masa akan dtg bila dah ade duit nnt. blh g honeymoon skali, hehehe.

selesai TT, kami akan bergambar seperti biasa b'sama dgn banner Falak Online.. sejurus slps itu kami b'salam2an dan b'maaf2an. terima kasih byk2 diucapkan kpd en shah n abg amir. smg aktiviti mcm ni akan diadakan lg pd masa akan dtg n insyallah bila sy kelapangan sy akan pergi.

ni ada sikit gambar yg dpt dikongsi bersama dgn anda semua.

suasana Pantai Kelanang apabila matahari terbenam

me in front da sunset..

anak sepupu yg nakal tp baik hati n turut perintah aku, hahaha

along n abg de..
me n abg de

langit pd malam tu.. photo by redzuan

semua ahli Falak Online yg turut serta dalam menjayakan program ini.. photo by redzuan

No comments: