Wednesday, December 17, 2008

Vacation to PD and Malacca

mm, lame betul x dpt update blog.. maklum la bile dah mula cuti nie, ssh nk dpt internet..

mm, ape2 pun sy mulakan dgn program kami selepas selesai exam..

kami bercuti ke PD, Negeri Sembilan selama 2 hari..iaitu 15 dan 16 Nov 2008..

yang menyertainya adalah aiman, mukhlis, shahrul, kamil, syikin, wana, pieja, nor, fifi, fatem, ain, sai n fizah (saya).

pada hari pertama tu, kami menuju ke tempat penginapan kami, lupela ape name apartment tu tp tq so much dekat shah coz dpt 1 apartment free. lepas tu kami rehat2 dulu.. ade yang pegi beli ayam n sedikit barang2 utk BBQ malam tu, makan tghr kami dan makan utk sarapan pagi esoknye. di apartment tu, kami dapat masak sendiri.. semua kelengkapan disediakan.. tengahari tu kami makan sayur kobis dan ikan sardin.. memang sedap.. tukang masaknya tidak dpt dikenalpasti sbb sy tido waktu tu, hehehe..

dalam pukul 5 ptg kami bertolak menuju ke pantai.. aktiviti bebas jadi kami bermain bola tampar, mandi manda dan berkayak.. seronok juga 1st time berkayak nie.. banyak kenangan yang kami perolahi.. photographer kami, kamil dapat merakamkan beberapa gambar yang dapat dijadikan kenangan..

aksi saya serve bola.. ade gaya la...

selepas tu masing-masing dapat berkayak.. mula2 saya takut, tapi terima kasih di atas tunjuk ajar sifu saya, fatem..

orang berkayak, kami bergambar...

me n syikin.. scandal hangat nie, hehehe..

penat berkayak, kami bergambar beramai2.. terima kasih banyak pada abg yg tlg amik gambar nie..


pada malam tu kami BBQ di tepi pantai juga.. masa banyak terbuang utk hidupkan api dan panaskan bara.. nasib baik ayam tu kami dah rebus dulu, jadi sekejap je la masa utk dipanggang. memang terima kasih pada para pemanggang ayam n hotdog.. mmg sedap gile..

pada keesokan harinya, kami bersarapan nasi goreng.. tukang masaknye ialah fifi.. memang sedap la.. saya tlg2 apa yg patut je.. mm, lepas tu kami bergambar sekejap sebelum kami check out.. kami plan nak ke melaka hari tu. jadi kami perlu check out awal.. tujuan ke melaka adalah untuk bergambar sahaja. dah alang2 sampai negeri sembilan, terus la singgah ke melaka. dalam 2 jam di melaka, kami ingin berangkat pulang sebab destinasi seterusnya ialah umah saya..

sarapan bersama nagi goreng

ni la muka2 gadis2 yg havoc gitu!!

sesi bergambar kami belum selesai..hehehe

kami bergambar di melaka

sampai juga akhirnya korang ek kat teratak buruk kami.. tapi apa2 pun kedatangan korg disambut dgn tangan yg terbuka. banyak juadah yg disediakan oleh umi seperti asam pedas, ayam blackpaper, sup sayur dan banyak lagi.. sungguh berselera mereka makan tapi yang tak sedapnye bila tengok mukhlis makan sikit jer. katanya dah kenyang. tula, lain kali jangan makan byk2 sgt kat MCD tu, hehehe.. ape2 pun thanks ek korg. insyallah tahun2 akan dtg, kita akan singgah kat umah korg pulak..

di rumah ku..

selepas tu kami bertolak pulang ke tanjung malim. ade juga yang nak ke KL.. mm, pastu masing2 bawak haluan masing2.. diorg speed laju sgt, berpecah dah balik tu.. tapi semua dapat sampai dengan selamat.. memang seronok walaupun 2 hari je.. harap2 aktiviti mcm ni dpt dijadikan aktiviti bila kita ingin bertemu.. terima kasih kpd pengelola aktiviti.. miss u all, tak tahu bila lagi kita akan berjumpa.. selamat berpraktikum!!

No comments: