Saturday, September 27, 2008

KEA UPSI 2008

pihak Fakulti Sains & Teknologi berbesar hati ingin menganjurkan 'KONVENSYEN DAN EXPO ASTRONOMI UPSI 2008' dgn kerjasama daripada Kelab Astronomi UPSI, FALAK ONLINE, INSTUN dan juga Jabatan Mufti Perak. aktiviti ini akan berlangsung selama 2 hari iaitu 11 & 12 Oktober 2008 bertempat di Auditorium Utama.

banyak aktiviti menarik yang akan diadakan contohnya ialah pertandingan astrorace, mewarna, pertandingan roket, ceramah-ceramah astronomi yang akan disampaikan oleh mereka yang sangat berpengalaman di dalam bidang astronomi ini, pameran, cerapan matahari, cerapan malam, dan banyak lagi. terdapat juga gerai jualan dibuka.

semua orang dijemput hadir ke KEA UPSI kami ini bagi memeriahkan lagi aktiviti yang dijalankan tidak kira tua muda, kecil besar.... tidak dilupakan juga kpd rakan2 astronomi lain t'utama dr UIA, USM, n UM. kalu nak bwk teleskop skali pun blh, hehe. peserta-peserta pameran yang lain juga akan membawa banyak teleskop dan dianggarkan lebih 20 buah teleskop akan membanjiri padang UPSI. mari kita teropong langit tanjong malim. kita tgk apa yg blh nmpk malam tu & diharap cuaca akan baik. disarankan juga membawa kuih muih raya & blh la kita mkn kuih sambil teropong, hehehe.

insyallah event ini akan menjadi titik tolak kpd semua pelajar UPSi yang meminati astronomi, kami berharap dpt melahirkan guru-guru yang meminati dunia astronomi ini. matlamat lain KEA UPSI ini diadakan adalah b'tujuan utk m'promosikan IYA 2009 (International Year Astronomi). saya nak ambil kesempatan ini utk ucapkan terima kasih byk2 pd rakan2 urusetia, bro amir yg byk tlg kami & b'susah payah turun UPSI utk bantu kami menjayakan program ni, wakil INSTUN, Jabatan Mufti Perak, staf2 FST dan sesiapa yg t'libat. smg apa yg dirancang adalah selari dgn rancgn Allah, insyallah. sama2 la kt b'doa agar semua yg dirancang b'jln lancar, amin...


No comments: