Sunday, September 28, 2008

Salam Syawal


pejam celik, pejam celik, hari raya menjelma lagi. sekejap je rasanya puasa ni. setelah menjalani ibadah puasa selama sebulan yang penuh dgn dugaan, kita akan merasai nikmat kemenangan nya pada bulan syawal ini. semoga ibadah yang telah dilakukan pada bulan ramadhan akan diberkati Allah. aku berharap ramadhan aku kali ini lebih baik dari ramadhan sebelumnya. semoga amalan ku kali ini akan diberkati Allah.

suasana gembira apabila syawal bakal menjelma. aku akan pulang ke kampung pahang terlebih dahulu. aku seronok setiap kali ingin pulang kmpg kerana bakalan menemui saudara maraku yang aku rindui. keluarga belah umi ramai, jadi ramai jugala sepupu2 ku. kebanyakkan kami sebaya, jadi kepala otak pun lebih kurang je, hehe. aku tak pernah rasa bosan setiap kali pulang ke pahang. banyak kenangan yang akan dibawa balik. bila berjumpa sahaja, banyak celotehnye. banyak cerita yg nak diceritakan. tak cukup satu malam. riuh umah atuk. dah la sume badan lebih kurang je. nasib baik tak roboh umah atuk, hehe.

tapi sedihla, dah lame xdpt duit raya...huhu. org ingt kami sume dah keje. sbb umo dah besar panjang dah, sape la nak bagi duit raya kan... tapi sume tu tak penting, keseronokkan pulang beraya tu yg aku nak. tinggalkan sume kekusutan kerja di UPSI, stress pasal KEA UPSI yang bakal menjelma dan test2 yang bakal aku duduki bukak cuti raya ni. kalu ade DSLR, aku nak amik pose2 yg menarik pastu publish dlm tenet. nnt aku ade rezeki aku nak beli guna duit aku sendiri, insyallah. tp target dalam masa terdekat ni nak g china utk tgk solar eclipse....

eh, leka cerita, lupa nak ucap selamat hari raya kepada semua rakan taulan yg mengenali aku. aku minta maaf jika ada buat salah silap selama perkenalan kita. halalkan makan minum jika ada t'ambil tau... raya ni elok2, jgn main mercun. lagi satu, sape yg drive blk kmpg ni, pastikan kenderaan anda berada dalam keadaan yg baik. ingtlah org yg t'sayang & anda mampu mengubahnya.. salam aidilfitri....

No comments: