Friday, October 24, 2008

KEA UPSI 2008 selesai...


barisan-barisan urusetia yg sangat sporting
n our consultant in the middle sitting on da chair
(diapit oleh 4 jelitawan UPSI)


Alhamdulillah dgn izin Allah yang maha kuasa, selesai sudah program yang julung2 kali diadakan bagi program astronomi ini iaitu "Konvensyen dan Expo Astronomi UPSI 2008". Program ini telah berlangsung selama 2 hari iaitu 11 dan 12 Oktober dan bertempat di Auditorium Utama UPSI. Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti ceramah-ceramah astronomi dan falak, pameran-pameran yang mantap dari 12 / 13 agensi jemputan, pertandingan mewarna, roket air dan astrorace, bengkel cerapan bintang serta bengkel roket air, aktiviti cerapan malam dan banyak lagi. Sedih sangat tak dapat pegi program cerapan malam krn keadaan diri tidak mengizinkan. Walau bagaimanapun, yang penting adalah pengalaman yang diperolehi oleh setiap urusetia yang mengambil bahagian dalam program ini.

Oleh itu saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada pihak fakulti FST terutamanya, dekan FST, AJK2 tertinggi program ini, para pensyarah yang terlibat secara langsung dan secara tidak langsung, pihak-pihak yang sanggup membantu dan tidak muak melihat muka kami, adik-adik AJK tetinggi Kelab Astronomi 2008/2009 serta rakan-rakan yang lain kerana sanggup memberi sumbangan berupa tenaga, masa dan juga wang ringgit yang tidak ternilai harganya. Insyallah segala jasa yang dihulurkan akan mendapat keredhaan Allah. Tidak dilupakan juga pada wakil dari Falak Online, our consultant, bro Muzamir coz byk tlg ktorg. Mayb we will meet for another event, insyallah. Begitu juga pada wakil INSTUN, En Mahruzaman dan En Rahim serta wakil dari Jabatan Mufti Perak, Ust Din and Ust Faisal. Jasa anda semua dikenang.

p/s : Nanti jangan serik lagi tau buat aktiviti kat UPSI. Kami mohon maaf di atas segala salah silap dan kesulitan yang berlaku sepanjang berlangsungnya program ini. Segala kekurangan itu adalah dari kami hamba Allah dan segala kebaikan dan kelebihan itu adalah dari pencipta kami, Allah S.W.T.

No comments: