Sunday, September 28, 2008

HIJAB SANG PENCINTA


sinopsis :

RASA rindu terhadap keluarga menggamit hati Saifudin merentasi Tanah Sumatera untuk pulang ke Punggor, Tanah Melayu. Namun, kejahatan seolah-olah memburunya. Setiap langkahnya dibayangi halangan yang tak berkesudahan.

Berita kepulangannya di Tanah Melayu sampai ke pengetahuan Sultan Melaka. Kemarahan baginda kerana tidak dapat mengahwini Haryani menyebabkan dia mula menjadi buruan orang istana.

Saifudin lari ke gua. Di situlah bermulanya satu lagi keajaiban. Jasadnya berpindah merentasi hijab masa untuk sampai ke abad 21. Sekali lagi Saifudin bertemu dengan Haryani dan kisah cinta yang melangkaui masa mekar semula.

Namun, kejahatan yang senantiasa mengiringi setiap injak kakinya masih mengekori. Kali ini tebakan musuh durjana mengakibatkan sengketa yang tercetus di langit berlaku lagi.


note :
aku xde rezeki lg nk g beli buku nie... teringin sangat nak baca tp nak tunggu pas hbs sem 7 nie, baru leh baca ngan tenang. HIJAB SANG PENCINTA ni adalah pelengkap kpd trilogi BAGAIKAN PUTERI. sape2 yg b'minat dgn novel hasil karya R.A.M, sila dptkan novel ini dipasaran skrg krn anda pasti tidak akan rugi.. chewah, mcm aku dah baca buku nie, hahaha... promote2. ni peminat R.A.M nie...

"Truly, Madly, Deeply"


I'll be your dream
I'll be your wish
I'll be your fantasy
I'll be your hope
I'll be your love
Be everything that you need.
I love you more with every breath
Truly, madly, deeply, do..

I will be strong
I will be faithful
Because I am counting on a new beginning
A reason for living
A deeper meaning yeah

I wanna stand with you on a mountain
I wanna bathe with you in the sea
I wanna lay like this forever
Until the sky falls down on me

And when the stars are shining brightly in the velvet sky
I'll make a wish send it to heaven
That'll make you wanna cry
The tears of joy for all the pleasure and the certainty
That we're surrounded by the comfort and protection
Of the highest power and lonely hours
The tears devour you

I wanna stand with you on a mountain
I wanna bathe with you in the sea
I wanna lay like this forever
Until the sky falls down on me

Oh, can't you see it baby?
Don't have to close your eyes
'cause it's standing right before you
All that you need will surely come

I'll be your dream
I'll be your wish
I'll be your fantasy
I'll be your hope
I'll be your love
Be everything that you need
I love you more with every breath
Truly, madly, deeply, do..

I wanna stand with you on a mountain
I wanna bathe with you in the sea
I wanna lay like this forever
Until the sky falls down on me

I wanna stand with you on a mountain
I wanna bathe with you in the sea
I want to lay like this forever
Until the sky falls down on me

(I wanna stand with you on a mountain
I wanna bathe with you in the sea
I want to lay like this forever
Until the sky falls down on me)

I wanna stand with you on a mountain

Now we can catch the sun, hehehe.






so cute all dis pictures.. hehe. one day i want to try it..

Aktiviti yang bakal dijalankan semasa KEA UPSI 2008

teringin nak pergi China thn dpn...

Aku teringin sgt nak pergi china thn dpn, 2009. dijadualkan bln julai 2009 akan berlaku gerhana matahari penuh di china. jauh tu.. aku tak cukup duit nak pegi. tapi aku tgh berusaha kumpul duit utk pergi ke china. walaupun sedikit demi sedikit, at least aku berusaha dan aku akan rasa berbaloi dgn usaha aku... tapi DSLR xde lg, mcm mane nie???? huhuhu... alamatnye, kene tumpang DSLR org lain la.. tp rilek, aku kene usaha gak mcm mane pun... smg impian aku akan tercapai.

ni gmbr2 gerhana yg berlaku pd 1 ogos 2008 di Jinta, China. aku nk tgk dgn mata aku sendiri di china nnt, insyallah. kebesaran Allah yg aku nak tgk sgt...


kesan cincin berlian dan prominen


turutan gerhana matahari penuh


korona dalaman matahari


korona luaran matahari

Salam Syawal


pejam celik, pejam celik, hari raya menjelma lagi. sekejap je rasanya puasa ni. setelah menjalani ibadah puasa selama sebulan yang penuh dgn dugaan, kita akan merasai nikmat kemenangan nya pada bulan syawal ini. semoga ibadah yang telah dilakukan pada bulan ramadhan akan diberkati Allah. aku berharap ramadhan aku kali ini lebih baik dari ramadhan sebelumnya. semoga amalan ku kali ini akan diberkati Allah.

suasana gembira apabila syawal bakal menjelma. aku akan pulang ke kampung pahang terlebih dahulu. aku seronok setiap kali ingin pulang kmpg kerana bakalan menemui saudara maraku yang aku rindui. keluarga belah umi ramai, jadi ramai jugala sepupu2 ku. kebanyakkan kami sebaya, jadi kepala otak pun lebih kurang je, hehe. aku tak pernah rasa bosan setiap kali pulang ke pahang. banyak kenangan yang akan dibawa balik. bila berjumpa sahaja, banyak celotehnye. banyak cerita yg nak diceritakan. tak cukup satu malam. riuh umah atuk. dah la sume badan lebih kurang je. nasib baik tak roboh umah atuk, hehe.

tapi sedihla, dah lame xdpt duit raya...huhu. org ingt kami sume dah keje. sbb umo dah besar panjang dah, sape la nak bagi duit raya kan... tapi sume tu tak penting, keseronokkan pulang beraya tu yg aku nak. tinggalkan sume kekusutan kerja di UPSI, stress pasal KEA UPSI yang bakal menjelma dan test2 yang bakal aku duduki bukak cuti raya ni. kalu ade DSLR, aku nak amik pose2 yg menarik pastu publish dlm tenet. nnt aku ade rezeki aku nak beli guna duit aku sendiri, insyallah. tp target dalam masa terdekat ni nak g china utk tgk solar eclipse....

eh, leka cerita, lupa nak ucap selamat hari raya kepada semua rakan taulan yg mengenali aku. aku minta maaf jika ada buat salah silap selama perkenalan kita. halalkan makan minum jika ada t'ambil tau... raya ni elok2, jgn main mercun. lagi satu, sape yg drive blk kmpg ni, pastikan kenderaan anda berada dalam keadaan yg baik. ingtlah org yg t'sayang & anda mampu mengubahnya.. salam aidilfitri....

Saturday, September 27, 2008

KEA UPSI 2008

pihak Fakulti Sains & Teknologi berbesar hati ingin menganjurkan 'KONVENSYEN DAN EXPO ASTRONOMI UPSI 2008' dgn kerjasama daripada Kelab Astronomi UPSI, FALAK ONLINE, INSTUN dan juga Jabatan Mufti Perak. aktiviti ini akan berlangsung selama 2 hari iaitu 11 & 12 Oktober 2008 bertempat di Auditorium Utama.

banyak aktiviti menarik yang akan diadakan contohnya ialah pertandingan astrorace, mewarna, pertandingan roket, ceramah-ceramah astronomi yang akan disampaikan oleh mereka yang sangat berpengalaman di dalam bidang astronomi ini, pameran, cerapan matahari, cerapan malam, dan banyak lagi. terdapat juga gerai jualan dibuka.

semua orang dijemput hadir ke KEA UPSI kami ini bagi memeriahkan lagi aktiviti yang dijalankan tidak kira tua muda, kecil besar.... tidak dilupakan juga kpd rakan2 astronomi lain t'utama dr UIA, USM, n UM. kalu nak bwk teleskop skali pun blh, hehe. peserta-peserta pameran yang lain juga akan membawa banyak teleskop dan dianggarkan lebih 20 buah teleskop akan membanjiri padang UPSI. mari kita teropong langit tanjong malim. kita tgk apa yg blh nmpk malam tu & diharap cuaca akan baik. disarankan juga membawa kuih muih raya & blh la kita mkn kuih sambil teropong, hehehe.

insyallah event ini akan menjadi titik tolak kpd semua pelajar UPSi yang meminati astronomi, kami berharap dpt melahirkan guru-guru yang meminati dunia astronomi ini. matlamat lain KEA UPSI ini diadakan adalah b'tujuan utk m'promosikan IYA 2009 (International Year Astronomi). saya nak ambil kesempatan ini utk ucapkan terima kasih byk2 pd rakan2 urusetia, bro amir yg byk tlg kami & b'susah payah turun UPSI utk bantu kami menjayakan program ni, wakil INSTUN, Jabatan Mufti Perak, staf2 FST dan sesiapa yg t'libat. smg apa yg dirancang adalah selari dgn rancgn Allah, insyallah. sama2 la kt b'doa agar semua yg dirancang b'jln lancar, amin...


Xplorace Challenge mind



hari nie, 30hb Ogos 2008, ktorg join satu lg xtvt student sem 7. xplorace challenge mind. xplorace nie berkaitan ngan fizik. sgt mencabar coz ktorg kene keliling 1 upsi g kt tmpt check point die. ktorg pakai baju merah n tudung sume sama warna pink. mmg meriah la. ahli group termasuklah aku, fatem, fifi, fit n sai. ktorg slalu b’lima.. mase kt checkpoint 1st dah ssh gile sbb soalan yg diberikan tu byk sgt. suppose wat sikit dah la.. dah la ktorg penat b’lari mencari tmpt check point pastu kene jwb soalan yg byk pulak, huhu. pastu check point yg best yg lancarkan roket la. dku mmg dah lame nk buat roket n lancarkan roket. tp hari ni impian aku t’laksana juga akhirnye… aku dpt main roket. tp ktorg xlepas garisan merah die. sikit lagi. dpt 7/10 je. sadis tul. xpe, at least ktorg enjoy. mmg basah habis la seluar2 ktorg. tp mmg happening. ktorg rase group ktorg paling kecoh skali. byk mengomel… tp penat2 pun dpt gak la no 2. mule2 ingt dah kalah, tp diorg nie ikut mate yg ktorg dpt. mmg bagus. nak ikut sape smpi dulu mmg ktorg ke dua last. kpd urusetia setiap check point ktorg mintak maaf sgt2 sbb ktorg byk komen. hope korg leh perbaiki mane yg kurang. tp ni 1st time msk xplorace kt upsi, mmg good xperience la. thanks kwn2. nnt ade ape2 xtvt lg jmpt ktorg ek. ktorg akan cube tlg sedaya mungkin, insyallah… dah selesai xplorace ktorg g mandi kt kalumpang.. mkn hamper tu kat sane.. mmg best la. dpt berenang n berendam puas2. memandangkan dah nak puasa nie, ktorg spend time 2gether enjoy. thanks kpd tukang drive…

My Inspiration…



Setiap org ade sumber inspirasi masing2. sumber inspirasi ni ialah org yg selalu dpt menaikkan smgt kita dlm setiap aspek. pertama2 sumber inspirasiku ialah my mum.. tak kisah di mana aku berada, dalam ape jenis kesusahan dan kesenangan sekalipun, dia sentiasa menemaniku. tak pernah nak menyalahkan ape yang aku lakukan melainkan la mmg bende tu salah. aku syg sgt kat die… lgpun ofcos la lbh syg umi dr ayah coz umi yg melahirkan aku. belaian & kasih syg yg diberikan tiada batas n sama utk semua adik beradik ku. tp lbh skt la pd yg bongsu, tp aku xkisah.. ke dua is my dad. xceli die garang sgt. mase kecik2 slalu kene marah. tp skang bile ktorg dah besar pnjg nie, kurang la skt marahnye. kalu ktorg dlm kesusahan die slalu menghulurkan ape jua p’tlgn samada dr segi kwgn @ tng. pernah aku sakit demam panas sgt.. umi n ayah sanggup turun tj malim sbb nk tgk anak die yg sorg nie… mmg demam teruk gile la. then, yg ketiga is my siblings, along n kakak. dua org adik beradik ku yg mmg gile2 nie…hehe. ktorg mmg blh share ape jua mslh yg ktorg. dr sebesar2 p’kara kpd sekecik2 perkara. mula2 adik yg bongsu nie xmatang sgt, nk cite mslh kt die pun rs cam buang mase je tp sejak die dah msk matrik, die matang gak la.. at least blh la tukar2 pendpt. tp yg best diorg nie ajar aku speaking xspecialy adik aku nie. dulu aku takut2 nk speaking tp skang dah blh la. lastly my inspiration is my fren.. they always make me smile, laugh, happy every time n always with me when i hv a problem.. thanks a lot.
I LOVE U ALL…

aku dah sem 7



sekejap je rasenye… aku dah sem 7 rupenye.. sem akhir di UPSI pastu aku prak pulak. tp xtau lg kat mane, kalu di buka di Kelantan, mati la aku…huhu. nak tau ape cite sem nie…

aku sem nie amik 4 subjek je.. classical mechanics, quantum mechanics, kaedah pengajaran kurikulum fizik n projek thesis. all about physics (my major)… perghhh.. gile penat. 1st week dah sibuk ngan projek thesis. mase tu rase cam dah minggu ke 7.. haha. mula2 agak stress coz aku terlibat lg ngan kelab astronomi aku. nk buat meeting tahunan. jadi s/u ni aku ingt bestla tp rupenye penat tahap 6.023×10^23 punye penat… nasib baik la sume dugaan nie dah lepas.. yg tak lepas lagi projek thesis aku, 3 subjek fizik aku.

alkisah classical mechanics nie… mula2 aku ingt lecturer yg akan ajar aku nie garang. punye la senyap mase die msk kelas. aku dah la suke duk dpn.. mmg tmpt tu utk geng2 aku je. sumeorg xnk duk dpn, xtau la nape… pastu ape soalan yg die tny pun aku xfhm… walaupun byk kali aku t’serempak ngan die mase blk n.9 tp sem nie baru die ajar kelas aku. die nk teach ktorg to b a physicist… perghhh, 1st time blaja mmg nk pecah kepale r.. tp dah 6 minggu aku blaja ngan die, alhamdulillah aku blh terima. die xctually sgt baik orgnya.. aku pun xpernah jmp lg lecturer yg dtg kuliah pakai sweater or kot ngan sarung tgn. pakai kasut sukan… dtg naik basikal or jln kaki.. bila aku tny En yg slalu tlg aku kt bengkel, die kate lecturer tu pakai camtu coz nk conserved energy. sbb blh kuarkan peluh… wah, mmg bagus. aku pun xt’fikir bende tu. lg satu, lecturer aku ni baik sgt rupenye, die sanggup sshkan diri utk tlg org lain, mulia sgt lecturer aku nie… aku syg sgt kt die as my lecturer la… umo same ngan ayah aku… 54 thn. hr nie 12hb 8 hari jadi die. aku xtau pun, room8 aku bgtau.. aku ingt nk bg present tp xtau nk bg ape… lg pun die laki, cam segan je.. xpe, nnt kalu aku t’serempak ngan die kt s’ban, aku belanja cendol leman dawi, haha. sedap cendol tue…

2 lg subjek yg aku amik iaitu quantum mechanics n kaedah pengajaran fizik ni aku xde problem la… stakat ni alhamdulillah. aku baru selesai projek ke sek, program KLINIK FIZIK. alhamdulillah semua b’jln seperti yg dirancg. quantum mechanics blh msk lg sbb prof aku ajar slow2. die penyelia projek thesis aku. aku sanggup korbankan mase cuti aku semate2 utk wat projek aku. seminggu tu cuti. kwn2 sume nk blk rabu nie… waaa, sedihnye.. pastu ngan macroteaching lg, mid term test lg, presentation… aku dah blh jd manusia yg busy 4 the whole sem aku kt sini, haha. meja aku pun dah xde rupe meja.. slalu je b’sepah. semlm ade org dtg la baru aku kemas kasi cantik… tp xde la sgt cantiknye… aku slalu tido lewat semenjak jd s/u. duit pun byk habis sbb print report, ketas keje, photostate lg.. nnt aku nk claim rm 100.00 la, haha. aci x? tp aku xde la kejam sgt… aku baik tau… k la.. nnt aku smbg lagi cite pasal aku sem 7 nie..

Cerapan Bintang dan Astrophotography





sabtu malam 9 ogos 2008…

first time aku menjejakkan kaki ke empangan sungai selangor menyertai expedisi mencerap bintang dan astrophotography bersama-sama dengan geng2 abg amir. geng2 abg amir ni t’diri drpd En Aziz, En William, En Shah, orang ANGKASA, student UPM, student UIA, student UPSI sendiri n last but not least INSTUN… bertolak dr rumah pukul 6.15ptg. pastu student UPSI n org INSTUN b’gerak ke KKB pukul 7.15ptg. sampai je di KKB kami solat dulu pastu baru kami makan. sambil tunggu geng abg amir nie sampai, ktorg student UPSI borak2 ngan En Mahruzaman. 1st time jmp walaupun INSTUN ngan UPSI tu xde la jauh sgt. mungkin pertemuan kali ini adalah platform yang terbaik utk kami beramah mesra.

kul 9 lbh baru geng2 abg amir sampai…. pastu kitorg konvoi nk dekat 10 buah kete ar t’msk van ke empangan sg selangor tu… byk gile. mcm nk g kenduri kawin jer…hahaha. sampai je kt empangan tu ade la sedikit sesi memperkenalkan org2 yg hadir n dipengerusikan oleh abg amir.. mula2 segan gak la ngan diorg ni sume sbb diorg dah rapat, ktorg je org baru. tp lame2 ok coz diorg ni happening nye org. peluang ni xleh disia2kan coz byk sgt ilmu yg perlu diambil. kami sebagai org baru n xtau sgt tntg cerapan2 nie, En Shah la yg terangkan. die ajar ktorg ape fungsi carta bintang, camne nk bace… pastu ktorg diberi peluang tgk bintang n planet jupiter… mula2 cam xcaya leh nmpk planet lain dr bumi tp itulah keajaiban Tuhan. sempat gak la amik gmbr jupiter tu. mula2 langit gelap n dilitupi awan.. dlm pukul 11 la baru ktorg leh nmpk byk bintang2 di angkasa raya. ktorg ade dpt photo gerhana matahari yang berlaku di Jiuquan, Gansu, China. thanks En. William. sy akan simpan photo nie baik2. bkn senang nk dpt, pastu free pulak..haha.

tapi mmg manis la pengalaman yg aku dpt mlm ni. cam xcaya pun ade. thanks la abg amir coz jmpt n kepada rakan aku yg sanggup jgk pegi. dijah, fatem, fifi, wana, syikin, ila, kamil, aima n syazwan. nnt lain kali ade program lg kt g same2 ek. pastu dah lame kat sana ktorg pun dah nak blk. dlm kul 2 pg la ktorg blk. sblm tu ade sesi fotografi. rs cam artis pulak. silau mate2. rs cam power dah tambah je. yela, dah la mlm, gelap, kene pulak flash camera. sape xsakit mate. huhu. tp ape2 pun, control cun…hahaha.

mase nk balik tu mcm sedih la sbb xtau la ade ke x lg rzki nk jmp sume org nie. bak kate En Aziz bende ni kene diadakan paling kurang pun 11 kali. mak aiii, byk tu. tp insyallah ktorg akan pegi ikut kelapangan. kalu ktorg free n tmpt tu xjauh sgt, insyallah blh kot. =). tp ape2 pun, dis is the sweet memory dat i ever had. thank to all of u n hopefully we’ll meet again 1 day, insyallah.

Projek KLINIK FIZIK


Assalamualaikum…. hari jumaat lepas bersamaan dgn 8 ogos 2008, kami pelajar sem 7 telah menjayakan satu program KLINIK FIZIK yang dianjurkan oleh kami sendiri dengan kerjasama pihak sekolah SMK Gedangsa… ni la nama-nama geng aku..(aima, khai, fizah, fatem, fifi, milah, huda, rina, ain, sai, fit, mas, jijah). alhamdulillah segala yang dirancang dpt berjalan dgn baik. pelbagai program yang kami buat contohnya Kerjaya & anda, Kenali kalkulator anda, Mentor-mantee, dan juga Funny Physics. sepatutnya ade program teknik menjawab soalan Fizik ttp guru pakar yang dijemput tidak dapat menghadirkan diri di atas sebab-sebab tertentu… tapi kerjasama dari pihak sekolah dan juga pelajar-pelajar amat kami hargai. tak pernah aku rasa seronok mcm ni. seblm nak balik rasa nak nangis sbb sangkaan aku terhadap bdk2 felda meleset sama sekali. mereka ni sangat baik. mereka ada minat yang sangat tinggi nak belajar. jadi kita sebagai bakal guru sepatutnya memberikan perhatian yang lebih pada mereka. cita2 yang mereka idamkan juga bukan main hebat seperti engineer, arkitek, doktor, askar, pilot, usahawan dan byk lagi. jika kita sebagai guru tidak ingin berusaha utk membangunkan anak murid kita, cita2 yang mereka idamkan akan sia2. jadi mereka ni ibarat kain putih dan kita lah yang mencorakkannya… tidak hanya pada ibu bapa yang akan mencoraknya, guru juga berperanan penting. para pelajar memberi sepenuh komitmen dalam setiap aktiviti. mereka menunjukkan rasa minat yang mendalam. mula-mula mereka mengatakan fizik tak seronok, tapi selesai aktiviti mentor-mantee, mereka mengatakan bahawa fizik itu sangat best… dimanakah silapnya??? namun banyak komen mengenai masa yang tidak mencukupi kami terima dari adik2 ni. mereka mahukan aktiviti sebegini dijalankan lagi. insyallah jika ada keizinan kami akan dtg lg. apa2 pun kami mendoakan kejayaan adik2 semua dan skor yang terbaik didalam semua mata pelajaran terutamanya FIZIK. Luv u all guys expecially Eija n Akmal….. salam


Astronomy Club 3rd Meeting


Assalamualaikum….

Kelab Astronomi UPSI baru sahaja selesai mengadakan Mesyuarat Agong untuk kali yang ke-3. Terima kasih saya ucapkan kepada semua ahli baru yang hadir dan juga kepada semua urusetia yang membantu kami dalam menjayakan mesyuarat pada kali ini. Semua perancangan berjalan dgn lancar namun terdpt beberapa kekurangan. Namun segala kekurangan itu adalah pengalaman pahit manis dan juga pengajaran kepada kami utk mengubahnya pd mase akan dtg, insyallah. Diharap semua ahli-ahli jawatankuasa baru akan dpt meneruskan perjuangan kami dan senior2 mereka untuk memantapkan Kelab Astronomi setanding dgn kelab-kelab lain. Terima kasih juga pd Dr Bakar (penasihat kelab), Dr Sam (ketua jabatan Fizik selaku perasmi program), n En Faudzi (pensyarah Fizik) sbb sudi hadir ke mesyuarat kami. Byk pengalaman yg sy perolehi sepanjang menjadi s/u kelab dan sy akan menggunakan pengalaman yg ada ini utk menubuhkan satu Kelab Astronomi di sekolah yg bakal sy jejaki, amin.